This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mimpi ngeri di Kondo Rakyat Desa Pantai
Utusan Malaysia 3/11/2004

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kondominium Rakyat Desa Pantai - itulah nama sebenar sebuah flat di sini yang cukup glamor dan menempatkan setinggan di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun kehidupan penghuninya di blok dua flat tersebut tidaklah seindah nama bangunan setinggi 20 tingkat itu.

Ini kerana mereka terpaksa menggunakan tangga untuk segala urusan kerana dua buah lif di blok tersebut kerap mengalarmi kerosakan. Sesetengah penghuni mendakwa kerosakan lif yang terbaru berpunca daripada kegiatan mencuri kabel lif.

Bayangkan akibathya, terdapat penghuni yang terpaksa memikul tong gas dari tingkat bawah hingga ke tingkat 12 dalam bulan Ramadan.Penghuni tingkat 11, N. Chandran, 37, berkata, dia terpaksa turun dan naik tangga sekali sahaja untuk pergi ke tempat kerja dan membeli barangan dapur.

"Sudah banyak kali saya buat laporan kepada DBKL tetapi mereka terlalu lambat bertindak sehingga menimbulkan kemarahan penduduk di sini ," katanya kepada Utusan malaysia di sini.Dia juga mahu DBKL meletakkan pengawal keselamatan di sekitar kondominium rakyat itu demi menjaga harta benda awam.

"Perlu ada pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan kondominiuni ini bagi mencegah kegiatan mencuri kabel lif agar tidak berulang pada masa depan," ujarnya. Seorang penduduk di tingkat 11, Abd. Rahman Mohamad, 48, berkata, kerosakan lif itu tidak diperbaiki sejak awal bulan ini dan ia cukup menyusahkan.

Katanya, ia menimbulkan pelbagai kesusahan kepada penghuni terutamanya kepada warga emas dan penduduk yang menghadapi masalah kesihatan. ''Bayangkan, mereka yang duduk di tingkat atas sememangnya ia seumpama
'naik bukit dan turun bukit' kerana tinggi.

"DBKL bagaikan tidak prihatin terhadap masalah ini dan kami sebenarnya telah mengemukakan aduan banyak kali," katanya. Seorang soo rumah, Puspa Sivalingam, 35, berkata, dia menganggap masalah kerosakan lif ini sebagai 'mimpi ngeri'.

Katanya, dia berasa tidak tahan lagi kerana terpaksa turun dan naik dari rumah-nya di tingkat 18. DBKL perlu memperbaiki kerosakan lif ini kerana kedua-duanya tidak dapat digunakan langsung.

"Bagaimana pula warga emas yang terpaksa naik dan turun tangga tidakkah ini akan menjejaskan kesihatan mereka?

"DBKL perlu melakukan penyelenggaraan lif dari semasa ke semasa kerana penduduk di sini membayar caj penyelenggaraan RM49.90 sebulan,"katanya. Seorang penduduk di tingkat 20, Aishah Zainal Abidin, 37, berkata, dia tidak faham kenapa DBKL mengambil masa untuk memperbaiki kedua-dua lif tersebut.

Menurutnya, dia bimbang terhadap keselamatan warga emas dan kanak-kanak.

"Pada mulanya, satu lif sahaja rosak bagaimanapun pada awal bulan ini keadaan menjadi semakin tidak terkawal sehingga penduduk terseksa akibat tindakan lambat DBKL ini," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.