This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah Perdana Villa dijangka selesai
29/11/2004 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tiada halangan untuk membenarkan syarikat Projek Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. (Pertiwi Prestij), meneruskan projek pangsapuri Gombak Perdana Villa yang terbengkalai sejak empat tahun lalu jika ia diarahkan untuk berbuat demikian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sedia menerima apa saja arahan yang dikeluarkan oleh kementerian sama ada mahukan pihaknya mengambil alih projek tersebut atau membenarkan pemaju yang baru meneruskannya.

"SPNB tiada masalah jika pemaju yang baru dilantik berminat untuk meneruskan projek itu.

"Yang penting kerajaan dapat memastikan hak rakyat iaitu pembeli rumah tidak terjejas, justeru kita terima apa sahaja arahan kementerian dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan rayuan para pembeli pangsapuri Gombak Perdana Villa supaya kerajaan rnengiktiraf Pertiwi Prestij yang merupakan pemaju baru bagi mengambil alih projek berkenaan.
 
Dalam pada itu, Ketua Unit Perhubungan Awam kementerian, Abdul Halim Mohd Sharif berkata, pihaknya bercadang memanggil semua pihak yang terlibat sebaik menerima laporan lengkap termasuk anggaran kos daripada pihak SPNB.
 
"Kementerian dimaklumkan pada 24 November lalu, kajian terhadap projek tersebut telah dibuat dan pihak SPNB masih dalam proses penyediaan laporan lengkap dan anggaran kos bagi pemulihan projek tersebut," katanya.
 
Sebaik menerima laporan tersebut, jelasnya, kementerian akan memanggil semua pihak yang terlibat iaitu pemaju, tuan tanah, bank pembiaya, SPNB, dan pihak berkaitan secepat mungkin ke satu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri, Datuk Azizah Datuk Mohd. Dun.
 
"Ia bertujuan untuk mernbincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memulihkan projek terbengkalai itu," katanya.

Tambahnya, perbincangan itu penting bagi pihak kementerian untuk menimbangkan pandangan semua pihak agar keputusan yang dibuat kelak tidak merugikan mana-mana pihak.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.