This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF ada tetapi elektrik, air belum

Berita Harian 8/11/2004

SAYA tertarik dengan masalah dibangkitkan pembaca MSO1963 dari Puchong Selangor mengenai Sijil Layak Menduduki (CF) dan rumah dibeli.

Pembeli MSO1963 menyatakan rumahnya mendapat CF dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 14 Ogos 2004 tetapi saya mendapat CF daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada 3 Ogos 2004.

Saya membeli pangsapuri di Jalan Sungai Buloh berdekatan dengan Damansara Damai iaitu Saujana Damansara.

Persoalannya ialah bagaimana MPPJ boleh mengeluarkan CF sedangkan bekalan asas untuk pembeli seperti air/api belum disambung lagi hinggakan ke hari ini rumah yang saya beli iu masih belum boleh diduduki.

Saya sudah menghubungi pemaju bertanyakan hal itu tetapi jawapan yang saya dapat agak mengecewakan iaitu `masih dalam proses'.

Setahu saya ketika mendapatkan kunci rumah, pemilik dimestikan membayar deposit untuk bekalan air dan juga elektrik sekali kerana pemaju akan membayar cengkeram itu kepada TNB dan Puas.

Saya dapati hampir 80 peratus pembeli pangsapuri sudah pun diberikan kunci tetapi bagaimana kami hendak berpindah?


PEMBELI HAIRAN, Sungai Buloh, Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.