| Bila lagi rumah siap? Berita Harian 20/11/2004
 
 SEBAGAI pembeli rumah di kawasan Projek Perumahan Kos Rendah dan Kos 
			Sederhana di Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, saya kesal kerana 
			projek itu masih terbengkalai.
 Saya membayar cengkeram dan wang 
			guaman pada 1999 kepada pemaju iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri 
			Perak, tetapi sampai sekarang ia belum siap.  Saya membuat pinjaman kerajaan 
			untuk pembelian rumah oleh itu, gaji bulanan saya telah pun dipotong. Soalnya, sampai bila saya harus 
			menunggu? Sekarang saya masih lagi menyewa sebuah rumah di 
			perkampungan Felcra pada kadar RM120 sebulan. Sampai bila saya harus 
			jadi penyewa di tempat sendiri. Saya tinggal di perkampungan Felcra 
			sejak 15 tahun lalu. Sepatutnya pihak terbabit seperti 
			Felcra, mahupun wakil rakyat mengambil berat masalah kami iaitu 
			generasi kedua untuk mendapatkan tanah tapak rumah. Dengan projek terbengkalai itu 
			kami akhirnya terpaksa menyewa di tempat sendiri dan menumpang di 
			rumah ibu bapa kami mungkin sampai ke anak cucu. PEMBELI KECEWA,
			Seberang Perak. |