This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju sentiasa dolak-dalik

27/01/2004 Harian Metro

SAYA tertarik dengan aduan oleh Pembeli Kecewa mengenai projek perumahan yang terbengkalai di Taman Bukit Segar, Cheras. Saya juga pembeli rumah murah kos rendah RM45,000.00 di Kemajuan Bukit Segar Cheras di bawah pengurusan G-Two Assest Sdn Bhd (G- Two Assest) pada tahun 1998.


Saya berulang-alik setiap tahun di Pejabat G-Two Assest untuk mengetahui perkembangan projek rumah itu. Tetapi malangnya pihak pengurusan berdolak-dalih dari setahun ke setahun untuk disiapkan.


Apa yang menjadi kemusykilan apabila saya meninjau tapak projek berkenaan dari tahun 1998 hingga kini projek rumah teres dan banglo berhampiran siap sepenuhnya.


Adakah disebabkan harga rumah murah yang kami beli mengambil masa agak lama untuk disiapkan. Memandangkan masa yang panjang diambil pemaju menyiapkan projek itu menjadikan satu bebanan kepada saya.


Saya terpaksa membayar rumah sewa dan dalam masa yang sama perlu membayar faedah melalui potongan gaji.


Saya mewakili pembeli rumah di Bukit Segar merayu supaya disegerakan projek itu dan memohon penjelasan pemaju.

PEMBELI TERANIAYA, Kuala Lumpur

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.