This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rampas rumah PPRT jika disewakan
Utusan Malaysia 6/10/2004

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Kerajaan memberi amaran akan merampas rumah yang diduduki oleh penduduk di projek perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin ,(PPRT) dan kos rendah sekiranya mereka menyewakan rumah tersebut kepada orang luar termasuk pendatang asing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Sari Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil bagi memastikan pemberian kerajaan itu tidak disalahgunakan oleh penduduk.

"Kita tidak boleh membenarkan penduduk PPRT atau kos rendah menyewakan rumah itu kepada orang lain dan jika mereka dikesan melakukannya kita akan meminta mereka memulangkan rumah tersebut,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menemui penaja untuk pameran Wanita, Kesihatan dan Gaya Hidup 2004 di sini hari ini.

Shahrizat mengulas mengenai sikap segelintir penduduk PPRT dan perumahan kos rendah di kawasan Parlimennya yang menyewakan rumah terbabit kepada orang luar.

Jelas beliau, penduduk tersebut sepatutnya berasa bangga kerana diberikan peluang menduduki rumah di kawasan Lembah Pantai memandangkan hartanah tersebut adalah mahal dan menjadi buruan ramai.

Mengenai rancangan mewujudkan setinggan Sifar, beliau berkata, perkara tersebut agak sukar dilaksanakan kerana bilangan setinggan itu akan meningkat setiap waktu.

"Kita mendaftarkan jumlah rumah setinggan di Lemhah Pantai adalah 1,000 buah, namun jumlah berkenaan akan hertamhah menjadi 2,000 buah dalam pengiraan kali kedua.

"Ada sesetengah kawasan dikhaskan untuk setinggan tempatan tetapi mereka menyewakan kepada pendatang asing yang kemudiannya meng-amhil kesempatan membina lebih banyak rumah setinggan di situ," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.