This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Perjanjian baru masih tidak sah (Sambung projek terbengkalai di Taman Jasa Murni)
14/10/2004 Kosmo

KUALA LUMPUR - Tetap tidak sah sehingga kini. Perjanjian baru bagi jual beli rumah yang telah ditandatangani bagi projek yang dimajukan tanpa lesen oleh Intelligent Mission Sdn. Bhd. di Selayang tetap tidak sah.

Ini kerana pemaju berkenaan belum mempunyai lesen pemaju perumahan dan permit iklan serta jualan.

Jurucakap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, syarikat pemaju berkenaan belum dikeluarkan lesen pemaju perumahan untuk menjalankan Projek Taman Jasa Murni di Selayang.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa Projek Taman Jasa Murni, Selayang iaitu cadangan membina 144 unit rumah bandar dua tingkat dan 49 unit di rumah teres satu tingkat di atas hak milik induk No. G.M. 622 No. Lot 2146, No. G.M. 623 No. Lot 2148  dan G.M. No. Lot 2150 di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor belum mempunyai lesen pemaju perumahan dan permit iklan dan jualan," kata jurucakap itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Difahamkan, 101 pembeli telah menandatangani perjanjian baru dengan syarikat itu.

Ia sebagai persetujuan untuk meneruskan pembelian setelah projek itu terbengkalai ekoran masalah lesen tersebut.

Ketika dihubungi, jurucakap syarikat itu mengesahkan tentang perkara itu.

Menurut sumber KOSMO!, syarikat berkenaan sudah pun diarah oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membatalkan kesemua perjanjian tersebut kerana ia melanggar peraturan kerana menjalankan proses penjualan sebelum mendapat lesen.

"Perjanjian baru atau lama tetap tidak sah. Syarikat itu belum  dapatkan lesen pemaju dan permit jualan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah beliau, status itu akan kekal selagi pemaju berkenaan tidak
mendapatkan lesen pemaju untuk projek tersebut daripada Kementerian.

"Tanpa lesen itu, syarikat berkenaan tidak boleh melakukan sebarang transaksi jual beli dengan mana-mana pihak termasuk bakal pembeli. Syarikat  itu juga tidak boleh mengiklankan penjualan rumah sehingga permit dikeluarkan oleh kementerian," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya mengenai prosedur yang sah sepatutnya dipatuhi oleh syarikat itu, sumber itu menjelaskan: "Syarikat perlu memulangkan wang yang sudah dikutip terlebih dahulu.

Kemudian mereka kena beritahu secara bertulis kepada pembeli tentang status syarikat berkenaan pada masa ini.

"Selepas itu barulah mereka kemukakan permohonan mendapatkan lesen mereka dan menunggu untuk kelulusan sebelum melakukan apa-apa urusan penjualan."

Setakat ini, kata sumber itu, syarikat berkenaan belum mengemukakan sebarang permohonan seperti yang disyaratkan itu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Lokman Hakim Mohd. Jasan memberitahu KOSMO!, mana-mana syarikat pemaju perumahan yang tidak mempunyai lesen memajukan projek di sebuah tempat sepatutnya menyedari larangan melakukan sebarang urusan jual beli.

"Ini memang dasar kementerian sejak dulu. Mereka bukan saja perlu ada lesen pemaju malah perlu mendapatkan permit iklan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.