This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju sedia pulangkan wang 171 pembeli
KOSMO 12/10/2004

KUALA LUMPUR - Pemaju perumahan yang memungut lebih RM788,000 daripada seramai 171 pembeli tanpa memiliki lesen pembinaan projek bersedia mengembalikan wang jika pembeli-pembeli terbabit ingin membatalkan perjanjian jual beli.

Jurucakap syarikat Intelligent Mission Sdn. Bhd. berkata, pembeli yang sudah tidak berminat meneruskan pembelian boleh membatalkan perjanjian dan syarikat akan memulangkan wang.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang meminta mereka membatalkan perjanjian yang dibuat dengan semua pembeli dan mengembalikan wang mereka.

Semalam KOSMO! melaporkan mengenai tindakan syarikat berkenaan yang memungut lebih RM788,000 dari 171 pembeli walaupun tidak mempunyai lesen pemaju perumahan.

Syarikat berkenaan juga menghentikan kerja-kerja pembinaan, selepas selesai melakukan kerja-kerja pembersihan tapak, sehingga kawasan itu kini dipenuhi belukar.

Ditanya mengenai ketiadaan lesen pemaju perumahan, beliau berkata, "lesen akan dipohon kemudian, dan pihak kementerian sudah memberikan kebenaran ligan untuk meneruskan projek:'

Jurucakap itu mendakwa, hanya sebahagian kecil pembeli sahaja yang bertindak menimbulkan masalah sedangkan kebanyakan daripada mereka bersedia untuk meneruskan pembelian.

"Terdapat 90 pembeli sudah menandatangani perjanjian baru dan mereka tidak mempunyai masalah dengan pembelian mereka," kata beliau.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dihubungi berkata, pihaknya akan memberikan jawapan bertulis kemudian.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.