This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pangsapuri guru terbiar dua tahun
Berita Harian 26/10/2004

PENDANG: Lima blok pangsapuri guru dan kakitangan Kuarters Pendidikan Sekolah Menengah Kubur Panjang dekat sini, terbiar serta ditumbuhi semak-samun kerana tidak digunakan walaupun siap dua tahun lalu.

Rumah kakitangan yang sepatutnya menjadi lambang keprihatinan kerajaan kepada masalah perumahan guru dan kakitangan pendidikan tidak dapat digunakan disebabkan ketiadaan sijil layak menduduki (CF).

Penduduk sekitar kawasan itu tertanya-tanya kerana projek rumah yang cantik dan selesa bernilai jutaan ringgit serta mampu memuatkan kira-kira 100 keluarga itu terbiar begitu saja.

Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Hassan, kesal kerana projek itu yang sepatutnya membawa faedah kepada guru bertukar menjadi pembaziran wang
rakyat.

"Tumbuhan liar hingga ke dinding bangunan menyebabkan banyak kos diperlukan untuk membaik pulih kelak," katanya.

Beliau berkata, kawasan perumahan yang semak itu juga dikhuatiri menjadi sarang binatang berbisa.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Rozaini Ahmad, berkata kuarters itu siap Ogos lalu dan pemajunya sudah memohon CF.

Beliau berkata, guru akan ditempatkan di kuarters berkenaan selepas CF diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.