This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah lif rosak berterusan di Apartment Putra Ria
Berita Harian 15/10/2004

SAYA, penduduk Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur sudah sembilan tahun menetap di sini, tetapi selama itulah masalah lif berterusan.

Setiap bulan kami membayar yuran perkhidmatan penyelenggaraan yang rasanya tidak berbaloi, kerana lif tetap rosak.

Di kawasan ini ada tiga blok iaitu 90, 92 dan 94.

Setiap blok ada 22 tingkat dengan 176 buah rumah bermakna lebih kurang 200 penduduk bagi setiap blok.

Sebanyak tiga lif disediakan, namun sejak mula tinggal di sini, selain masalah yang sama iaitu lif yang sentiasa rosak, dinding rumah mula retak dan pelbagai masalah tetapi paling ketara lif tidak pernah dapat digunakan dengan selesa.

Baru-baru ini saya membuat aduan dan menelefon terus ke pusat kecemasan lif tetapi jawapan yang diterima terlalu mengecewakan.

Mereka memberitahu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menandatangani cek untuk membeli peralatan ganti.

Apabila kami menghubungi DBKL, jawapannya sama saja sejak dulu lagi `nanti kami uruskan'. Bayangkan ada orang tinggal di tingkat 22, bagaimana pula setiap kali kami turun naik untuk ke pejabat?

DBKL bertegas apabila timbul soal bayaran penyelenggaraan tetapi perkhidmatan lif tidak berubah.

Kawasan kami digelar Apartment Putra Ria, namun namanya tak seindah tempatnya.

Kami harap wakil rakyat kami dapat membantu dan tidak tunggu sehingga ada penduduk yang mati tersepit kerana lif.

PENDUDUK KECEWA,
Jalan Bangsar.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.