This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PNSB pulih projek terbengkalai
20/8/2003 Berita Harian

SEBAGAI negeri yang pesat membangun, sektor perumahan khususnya pembinaan rumah kos rendah mendapat perhatian kerajaan Selangor seiring hasrat melihat setiap rakyat mempunyai kediaman selesa pada harga mampu milik.

Sehubungan itu, pembangunan sektor perumahan, terutama rumah kos rendah dipergiatkan untuk memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menikmati hasil pembangunan negeri melalui pemilikan rumah secara terancang.

Antara tujuan pembangunan perumahan kos rendah untuk menempatkan semula setinggan, selaras matlamat Setinggan Sifar 2005 dan mencapai Selangor Maju 2005.

Bagi menjayakan matlamat itu, beberapa anak syarikat kerajaan negeri dipertanggungjawab membangunkan projek perumahan kos rendah selain menjadi penyelamat projek bermasalah dan terbengkalai akibat gagal disiapkan pemaju.

Salah satu anak syarikat yang dipertanggungjawabkan adalah PermodaIan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah.

Antara projek perumahan kos rendah yang dilaksanakan PNSB ialah Taman Seri Kerayong, di Pekan Kapar, Klang.

Taman Seri Kerayong yang meliputi kira-kira 16 hektar tanah ini diberi milik kepada PSKS pada April 1987 untuk dimajukan sebagai projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Projek ini adalah pembangunan secara usahasama PSKS dengan pemaju perumahan yang dilantik dan dimajukan di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR).

PKPKR pula dilaksanakan pada 1987 oleh kerajaan negeri dalam usaha memberi panduan kepada pembinaan perumahan kos rendah yang dilaksanakan secara usahasama antara PSKS dengan syarikat swasta.

Fasa 1 Taman Seri Kerayong yang merangkumi pembangunan 267 unit rumah kos rendah siap sepenuhnya pada 1990. Bagaimanapun, cuma 14 rumah kedai Fasa 1 tidak dapat diteruskan pembangunannya.

Ketua Eksekutif, Datuk Abdul Jabar Kamin, berkata PNSB adalah syarikat kerajaan negeri dan ditubuhkan untuk mengambil alih operasi dan pengurusan projek komersial Setiausaha Kerajaan Selangor atau PSKS.

Beliau berkata, PNSB membaik pulib 14 rumah itu yang kini sudah memperoleh sijil layak menduduki bangunan (CF) dan kunci sudah diserahkan kepada pembeli.

"Pembangunan semula kedai mengambil masa tujuh bulan saja untuk disiapkan," katanya.

Sementara itu, Fasa 2 Taman Seri Kerayong seluas empat hektar dirancang dan mula dibangunkan pada 1992 merangkumi 161 unit meliputi 79 unit rumah kos sederhana satu tingkat, 57 unit kos sederhana rendah satu tingkat, 11 unit rumah kos sederhana dua tingkat dan 14 unit rumah kedai dua tingkat.

Malangnya, syarikat pemaju terbabit tidak menyiapkan Fasa 2 mengikut masa ditetapkan kerana kontraktor yang dilantik mendapat perintah penggulungan syarikat akibat hutang tertunggak.

Projek Taman Seri Kerayong Fasa 2 tergendala dan terbengkalai lebih lima tahun daripada jadual asal.

Abdul Jabar berkata, PNSB sebagai wakil sah PSKS yang prihatin mengenai kemelut yang dihadapi pembeli Fasa 2 bertindak sebagai penyelamat dengan menyiapkan Fasa 2.

"Hasil tindakan positif PNSB, kini 136 unit kediaman antaranya,79 unit rumah kos sederhana satu tingkat dan 57 unit kos sederhana rendah satu tingkat sudah siap dan mendapat CF," katanya.

Abdul Jabar berkata, PNSB akan berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam mewujudkan pembangunan seimbang dan meningkatkan kualiti hidup di samping menyumbang ke arah setinggan sifar.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.