This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

359 projek perumahan terbengkalai sudah dipulih

07/06/2003 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 359 projek terbengkalai membabitkan 67,792 unit rumah dan 47,887 pembeli sudah dipulihkan sehingga akhir tahun lalu.


Timbalan Menterinya, Datuk M. Kayveas, berkata sepanjang tempoh itu, 544 projek terbengkalai dilaporkan, membabitkan 125,649 unit rumah dan 80,070 pembeli dengan kos keseluruhan projek RM9.49 bilion.


Beliau berkata, daripada projek yang masih terbengkalai, 82 dikenal pasti berpotensi untuk dipulihkan membabitkan 38,049 unit rumah serta 22,685 pembeli dengan nilai anggaran projek RM4.03 bilion.


“Daripada keseluruhan projek terbengkalai ini 18 peratus adalah di Selangor, iaitu 97 projek, diikuti Perak (79) dan Johor (71) manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing 37 dan 28 projek terbengkalai membabitkan 4,059 serta 1,426 unit rumah.


“Kerajaan membuat keputusan memberikan projek rumah terbengkalai ini kepada Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara yang bekerjasama menguruskan masalah ini.
“Kami berharap mewujudkan tahap sifar dalam projek terbengkalai satu hari nanti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Hartanah Mega Malaysia anjuran Exhabition Guide (M) Sdn Bhd (Exhibition Guide) di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Sharil Saat dan Pengerusi Exhibition Guide, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah.


Kayveas berkata, sebahagian besar projek terbengkalai adalah rumah kos tinggi yang membabitkan 70,801 unit rumah manakala rumah kos sederhana ialah 14,719 unit (11.7 peratus).


Sehubungan itu, bagi mengurang dan mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai, kementerian mengambil beberapa langkah seperti memperketatkan prosedur pengeluaran lesen pemaju perumahan dengan menitikberatkan aspek keupayaan kewangan.


Langkah lain ialah melaksanakan peraturan Akauan Pemaju Perumahan 1991 yang mana pemaju disyaratkan membuka akaun bagi setiap projek perumahan yang dilaksanakan dan dikehendaki mengemukakan laporan setiap enam bulan.


Beliau berkata, sekiranya pemaju gagal mengemukakan penyata kewangan, pemaju terbabit akan didakwa di mahkamah.


“Saya turut mencadangkan bayaran guaman dihapuskan kerana ada kes yang mana pemaju memasukkan jumlah kos guaman dalam harga rumah kementerian akan menulis surat kepada Majlis Peguam mengenai perkara itu.


“Kementerian juga akan bekerjasama dengan Majlis Peguam bagi mengatasi masalah pembeli yang tidak diberi pilihan dalam memilih panel guaman sendiri apabila membeli rumah,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.