This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penghuni Kondo Tidak Puas Hati
05/04/2003 Berita Harian

Sebahagian penghuni kondominium City One di Jalan Munshi Abdullah, di sini mendakwa pengurusan bangunan itu tidak menjalankan penyelenggaraan setimpal dengan yuran yang dikenakan.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan yuran yang dikenakan pengurusan kerana dikatakan terlalu tinggi iaitu kira-kira 22 sen bagi setiap meter persegi. Bayaran ini tinggi berbanding kondominium lain di sekitar ibu kota iaitu kira-kira 10 hingga 12 sen untuk setiap meter persegi.

Kondominium yang dibina sejak enam tahun lalu itu didakwa tidak diselenggara dengan baik dan sering menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuni yang tinggal di situ.

Setiausaha Persatuan Pemilik Kondominium terbabit, Mohamad Samsudin, 50, ketika ditemui berkata, pihaknya baru saja selesai mengadakan mesyuarat pertamanya dua minggu lalu bagi mencari jalan mengatasi masalah pemilik kondominium ini.

“Sebelum ini, ada penduduk hantar surat aduan kepada pengurusan tetapi tiada jawapan atau tindakan susulan di ambil sehingga sekarang,” katanya.

Mohamad berkata, ketika ini persatuan itu cuba berbincang dengan pengurusan untuk mengurangkan bayaran yuran penyelenggaraan dari 22 sen kaki persegi kepada 12 sen kaki persegi.

“Ada 520 unit rumah di sini dan pengurusan tidak pernah mengeluarkan akaun syarikat penyelenggaraan serta gagal untuk memasukkan belanjawan,” katanya.

Katanya, penduduk Islam terpaksa mengubah sebahagian daripada kawasan permainan kanak-kanak ke sebuah surau untuk kanak-kanak di situ mengikuti kelas mengkaji yang dikendalikan salah seorang penduduk kerana pihak pengurusan kondominium tidak menyediakan kemudahan surau.

Yang lebih menyedihkan penduduk di sini ialah pemadam api yang diletakkan di tempat meletak kenderaan tidak diurus dan mungkin merumitkan keadaan jika berlaku kebakaran. Ini menunjukkan kecuaian pihak pengurusan dalam mengambil langkah keselamatan.

Walaupun kondominium ini siap di bina 1996, tempat riadah di tingkat tujuh masih tidak diselenggara dengan baik seperti beberapa peralatan gymnasium yang tidak berfungsi dengan baik mungkin membahayakan pengguna. Selain itu, hanya satu daripada daripada tiga air pancuran di sekeliling kawasan terbabit berfungsi.

Mohamad berkata, beberapa minggu lalu satu kes rompakan di Blok A tingkat 17, membabitkan seorang penghuni yang diserang di dalam rumahnya sendiri. Bagaimanapun pencuri itu melepaskan diri dengan telefon bimbit penghuni itu.

“Laporan polis sudah di buat tetapi ini jelas menunjukkan pengawal keselamatan kondominium tidak peka menjalankan tugas sehingga boleh berlaku kejadian sedemikian,” katanya.

Katanya, pelbagai masalah keselamatan dan persekitaran masih perlu di titik beratkan pengurusan sebelum mengenakan yuran penyelenggaraan yang tinggi.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, yuran yang dikenakan agak tinggi tetapi tidak setimpal dengan penyelenggaraan yang dilakukan pihak pengurusan City One.

“Kesal juga bila duit kita bayar tapi tak banyak yang diperbaiki macam tempat riadah contohnya di tingkat tujuh yang idak diselenggara dengan baik,”katanya di sini, semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati tiada jeriji penutup longkang di sepanjang laluan ke tempat letak kereta kondominium itu yang membahayakan penghuni di situ terutamanya pada waktu malam.Palang keselamatan ke tempat meletak kenderaan tidak sistematik kerana masih dijaga secara manual oleh pengawal keselamatan di situ.

Tempat meletak kenderaan di tingkat enam pula seakan-akan dijadikan tempat membuang barangan terpakai seperti sofa dan kerusi buruk.

Di kawasan tempat letak kereta itu pula didapati agak gelap dan menyukarkan penghuni kondominium itu dan dinding sekitarnya juga tidak dicat dan terjaga.

Pegawai Perhubungan Awam City One Management Sdn.Bhd. Chin Yuet Yoong ketika dihubungi berkata,pihaknya tidak dapat melakukan kerja penyelenggaraan dengan baik kerana tidak mendapat kerjasama daripada penghuni yang kebanyakannya tidak menjelaskan yuran.

“Sukar untuk kami melakukan semuanya kerana kekurangan dana, kami hanya mampu melaksanakan apa yang penting saja dulu,” katanya.

Seorang penghuni, Natasha Mohd Elias,27, berkata yuran penyelenggaraan yang dikenakan terlalu tinggi dan ini pastinya membebankan banyak pihak.

“Pengurusan tidak boleh memberi alasan peruntukan untuk penyelenggaraan tidak mencukupi walaupun ada segelintir penghuni di situ yang gagal membayar yuran berkenaan.

Malah, kemudahan gymnasium dan perpustakaan tidak pernah lengkap sehingga hari ini,” katanya.

Beliau turut meminta agar pihak pengurusan kondominium mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan yuran agar mampu di bayar semua penghuni.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.