This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Persatuan mahu pemaju rumah `bina dulu kemudian jual'
Utusan Malaysia 29/3/2003

KUALA LUMPUR 28 Mac - Persatuan Pembeli Rumah (HBA) hari ini menggesa supaya konsep `bina dulu kemudian jual' dilaksanakan di Malaysia agar para pembeli tidak dibebani pelbagai risiko.

Presiden HBA, Datuk Zainuddin Bachik, berkata konsep ini akan menamatkan pelbagai masalah seperti hasil kerja tidak memuaskan, hak milik strata tidak dikeluarkan dan keengganan pemaju membayar penalti penyerahan lewat.

Dalam kertas kerja yang dibentangkan di Forum Pembeli Rumah di Sidang Kemuncak Hartanah dan Perumahan Negara di sini, beliau berkata konsep ini akan memaksa pemaju membina rumah berkualiti sejajar dengan harga dan tidak mengadakan langkah-langkah pengurangan kos dengan menggunakan bahan yang tidak berkualiti dan mengambil bekerja tenaga buruh tidak mahir yang murah.

Konsep ini, sekiranya dilaksanakan, akan menghentikan beban risiko pembeli rumah. Pembeli tidak sepatutnya menanggung risiko perniagaan seperti mana yang ditanggung sekarang, kerana mereka bukan pemilik perniagaan seperti pemaju dan institusi kewangan.

``Sekarang, pembeli rumah menanggung risiko perniagaan yang besar... Sekiranya atas sebab tertentu pembinaan rumah terganggu atau ditinggalkan, merekalah yang akan menanggung bebannya,'' kata Zainuddin.

Amalan sekarang adalah industri perumahan di Malaysia menjual rumah mengikut pelan dengan risalah jualan yang menarik, tidak seperti beberapa negara lain yang membina rumah terlebih dahulu sebelum menjualnya.

Beliau berkata amalan sekarang mengakibatkan pelbagai masalah ditanggung ramai pembeli rumah apabila pemaju meninggalkan pembinaan rumah yang mereka beli. - Bernama
 
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.