SPS
diperkenal percepat permohonan CF
31/12/2003 Harian
Metro
PROSES untuk mendapatkan sijil layak men-duduki (CF) dan kelulusan
Pelan Bangunan menjadi lebih cepat apabila Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) memperkenalkan Sistem Pusat Setempat (SPS) mulai Januari.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon "Selamat,
berkata kewujudan sistem itu ada-lah susulan daripada arahan
Kerajaan Perse-kutuan yang mahukan CF dikeluarkan secepat mungkin.
"Sistem ini untuk menjamin keberkesanan
pelaksanaan dasar dan strategi pemba-ngunan negara dijalankan serta
memastikan perkhidmatan sedia ada dipertingkatkan.
"Struktur SPS ini akan dilakukan melalui dua
peringkat iaitu peringkat Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) dan pihak
negeri," kata-nya selepas Mesyuarat Penuh MBSA, di sini, semalam.
Menurutnya, tugas SPS di PBT ialah untuk menerima
permohonan kelulusan Pelan Ba-ngunan dan CF serta mengedarkan
permohonan berkenaan ke agensi teknikal atau pi-hak berkaitan untuk
diproses.
"Sistem ini bertindak sebagai penyelaras untuk
mengawal dan memantau permohonan yang sudah diedarkan ke agensi
teknikal dan menerima balik ulasan dari agensi ber-kenaan untuk
diproses mengikut garis panduan yang ditetapkan. |