This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk kesal kediaman baru tak selesa, terabai

30/12/2003 Harian Metro

SHAH ALAM: Lebih 100 keluarga di Pangsapuri Sri Pelangi dan Sri Murni, di sini tidak dapat hidup selesa di rumah baru mereka yang diduduki April lalu berikutan pelbagai masalah dihadapi.

Biarpun aduan sudah dibuat kepada pemaju, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Sha Hameed, berkata pangsapuri yang baru diduduki itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, kedai dobi, gymnasium, kolam renang dan tadika untuk keselesaan penduduk.

Menurutnya, biarpun in-frastruktur disediakan pe-main mencukupi namun semua kemudahan berkenaan tidak dapat digunakan kera-na ia menjadi tempat simpanan barang binaan seperti pasir, batu bata, tanah dan barangan lain serta dikunci.

"Saya sebagai wakil penduduk inginkan hak sebagai pembeli, apa guna bayar lebih tetapi keadaan rumah dan kemudahan persekita-ran diabaikan pemaju. Sebagai contoh, padang tenis juga berkunci dan dikenakan ba-yaran jika kami mahu meng-gunakannya.

"Pemaju ada berbincang supaya kami melunaskan bayaran penyelenggaraan an-tara RM80 sehingga RM145 sebelum dapat menikmati semua kemudahan, jika tidak catuan air juga akan berlaku," katanya ketika ditemui pada Majlis Kongsi Raya, di sini, kelmarin.

Suri rumah, Rosdiana Mo-hd Shariff, 38, berkata rumahnya di tirigkat empat mengalami keretakan teruk selain kebocoran air dari tingkat atas.

Menurutnya, keadaan ber-tambah buruk dengan bau busuk daripada air yang meresap melalui rekahan ke da-lam bilik tidur dan ruang ta-mu rumahnya.

"Apa guna bayaran RM105 untuk kos penyelenggaraan, tetapi sikap acuh mereka membuat saya sakit hati tambahan pula rekahan di si-ling rumah semakin besar.

"Saya risaukan keselamatan kami sekeluarga tetapi pemaju hanya mengambil langkah mudah dengan membina kediaman ini mengguna-kan bahan murah dan tidak berkualiti," katanya.

Penyelia kedai pakaian, Rosnawati Mohamed, 36, berkata rumah yang didudukinya awal bulan Julai lalu ju-ga mengalami masalah de-ngan pemasangan pintu yang tidak kemas menyebab-kan keselamatan rumahnya di tahap bahaya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.