Pemaju
sengaja lewatkan bina rumah kos rendah
31/12/2003 Berita Harian
KUALA LUMPUR: Segelintir pemaju di negeri Selangor didapati
mele-wat-lewatkan pembinaan unit ru-mah kos rendah, sebaliknya lebih
memberi keutamaan dalam menyiapkan rumah kos mewah dan sederhana
mewah dalam projek mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan, Setinggan
dan Alam Sekitar Sela-ngor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan
berkata, pihaknya akan memantau semua projek peruma-han di negeri
itu bagi memastikan pemaju memberi keutamaan ke-pada pembinaan unit
kos rendah.
"Kita dapati ada pemaju yang melambatkan proses pembinaan rumah kos
rendah sedangkan pembinaan rumah kos mewah dan sederhana mewah sudah
siap dan hampir siap dibina.
"Justeru, kita akan memantau projek perumahan bagi memasti-kan
pembinaan unit rumah kos rendah disegerakan," katanya pada sidang
media selepas meninjau projek tiga projek perumahan di Cheras di
sini, semalam.
Sebagai contohnya, beliau ber-kata, projek perumahan yang dibina
oleh pemaju, Mesebah Sdn Bhd membabitkan pembinaan unit ru-mah kos
mewah, sederhana mewah dan rumah kos rendah di Bukit Sungai Puteh,
Cheras.
Katanya, unit rumah kos mewah serta sederhana sudah siap dan hampir
siap dibina tetapi pembinaan 466 unit rumah kos rendah di tempat
yang sama sehingga kini belum dimulakan.
"Kita sudah arahkan Mesebah memulakan projek ini selewat-le-watnya
Mac tahun depan dan jika tiada halangan projek ini akan disiapkan
dalam tempoh 15 bulan akan datang," katanya.
Mohd Mokhtar berkata, daripada jumlah itu, 300 unit akan diambil
oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dikhaskan ke-pada
setinggan di sekitar kawasan tadbiran majlis berkenaan dan
selebihnya dibuka kepada orang ramai.
"Rumah ini hanya sebagai perse-diaan untuk menempatkan seting-gan
sekiranya pemaju yang dilantik kerajaan Selangor gagal menyiapkan
projek perumahan dalam tem-poh yang ditetapkan.
"Setinggan boleh mendapatkan rumah kos rendah dengan harga RM35,000
manakala RM42,000 un-tuk bukan setinggan," katanya.
Beliau berkata, selain Mesebah, turut terbabit dalam masalah itu
adalah pemaju, Jiwa Mewah Sdn Bhd yang mana sehingga pemaju
berkenaan masih gagal menyiapkan kira-kira 400 unit rumah kos rendah
seperti cadangan awal mereka.
|