Kontraktor tipu kelulusan alat cegah kebakaran
16/12/2003 Berita Harian
PORT DICKSON: Jabatan Bomba dari Penyelamat (JBP) daerah mengenal
pasti beberapa kontraktor tempatan yang mendakwa boleh meluluskan
keselamatan alat mencegah kebakaran bangunan.
Penguasa JBP Zoo Port Dickson, S Kobalan Krishnan, berkata pihaknya
menerima aduan penduduk mengenai kontraktor terbabit mengambil
kesempatan dengan mengenakan caj tertentu kepada pemilik bangunan.
Beliau berkata, ada kalangan kontraktor terbabit mengenakan caj
sehingga RM300 untuk mengesahkan status keselamatan alat pemadam
kebakaran di sesebuah bangunan.
"Terdapat kontraktor terbabit yang mengambil kesempatan dengan
memakai uniform JBP semasa membuat pemeriksaan terhadap alat
kebakaran di bangunan itu.
"Sikap kontraktor terbabit adalah tidak wajar kerana ia boleh
mencemarkan nama baik jabatan selain boleh menjejaskan keyakinan
orang ramai," katanya, di sini.
Kobalan berkata, dari aduan yang diterima dipercayai mereka, yang
tidak bertanggung jawab ini memakai uniform JBP dan menjalankan
ujian tahap keselamatan alat pemadam kebakaran yang perlu diletakkan
di dalam bangunan.
Katanya, pihaknya mendapati alat pemadam kebakaran yang disyorkan
oleh kontrak-tor itu didapati gagal berfungsi sedangkan pemilik
bangunan sudah membeli sehingga empat atau lima buah unit alat,
berkenaan.
"Selepas kejadian itu pemilik menyalahkan pihak JBP dan kemudiannya
meminta semula wang yang sudah dibayar terhadap perkhidmatan yang
diberikan.
"Sepatutnya orang ramai menghubungi JBP yang berhampiran untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya," katanya.
Kobalan berkata, kebiasaannya JBP hanya mengenakan caj RM5 bagi
setiap kali pemeriksaan sistem pemadam berkenaan dan dalam masa
menentukan jumlah yang diperlukan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya meminta
pandangan dan nasihat dari pihak JBP untuk memastikan keselamatan
bangunan dan keperluan bahan pencegahan yang diperlukan.
|