Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif
Kementerian bantah keluar caruman beli rumah kedua
14/12/2003 Berita Harian

MIRI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bersetuju dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahli mengeluarkan wang caruman untuk membeli rumah kedua.

Timbalan Menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata pengeluaran wang caruman KWSP untuk membeli rumah kedua hanya akan mewujudkan spekulasi, yang akhirnya memberi kesan kepada sektor perumahan negara.

"Ia memberi peluang pihak yang membeli rumah bagi tujuan pelaburan.

"Jika situasi ini berlaku, ia akan menyukarkan usaha kerajaan menyediakan rumah yang mencukupi untuk rakyat. Kenapa perlu keluarkan wang caruman (KWSP) untuk beli rumah kedua, melainkan untuk disewa atau tujuan pelaburan?

"Cadangan ini hanya akan mendorong mereka yang banyak duit membeli banyak rumah dan kemudian jual kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ia akan mewujudkan elemen spekulasi, sedangkan pada masa ini bilangan rumah di negara ini masih belum mencukupi," katanya selepas menutup pertandingan karaoke SUPP Riam di pusat membeli belah M2 di sini, malam, kelmarin.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol, membenarkan pencarum simpanan berkenaan menggunakan wang caruman mereka untuk membeli rumah kedua.

Pada masa ini, pencarum KWSP hanya dibenarkan mengeluarkan wang caruman mereka untuk rumah pertama dan mengeluarkan wang simpanan itu selepas berusia 50 tahun.

Chin berkata, KWSP perlu mengkaji dengan teliti cadangan itu termasuk kesannya kepada sektor perumahan negara.

"Kementerian hanya setuju dengan cadangan berkenaan, sekiranya terdapat pertambahan sesebuah ahli keluarga yang mendorong mereka membeli rumah lebih besar menggantikan rumah sedia ada.

"Jika ini keadaannya, ia mungkin agak logik. Mereka perlu jual rumah lama dan beli rumah baru yang lebih besar sebab anggota keluarga sudah bertambah.

"Tidak adil kalau beli rumah banyak kerana ia hanya akan menyebabkan harga rumah melambung naik. Permintaan rumah juga akan melambung... jika ini berlaku, banyak pihak yang sepatutnya memiliki rumah, tidak berpeluang berbuat demikian," katanya.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.