Jawatankuasa segerakan
pengeluaran CF ditubuh
03/07/2003
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatan ukases khas dan pusat sehenti ditubuhkan
di peringkat kerajaan tempatan bagi mempercepatkan proses
pengeluaran sijil layak menduduki (CF) yang ketika ini menjadi
masalah utama dalam sektor perumahan.
Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Peter Chin Kah Fui, berkata penubuhan
jawatan kuasa itu diarahkan Kabinet berikutan banyak aduan diterima
mengenai kelewatan medapatkan CF.
Setiap tahun kementerian menerima
lebih 2,000 aduan mengenai kelewatan untuk mendapatkan CF.
"Kerajaan sudah menetapkan tempoh
pemprosesan selama dua minggu tetapi kerana beberapa masalah
teknikal, kelewatan masih berlaku," katanya pada sidang media
selepas melawat Pameran Rumah dan Perhiasan (HOMEDEC) 2003 di Pusat
Pameran Mid Valley di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden CIS Network,
Vincent Lim dan Pengurus Jenama Sara Lee, Loo Choi Poon.
Chin berkata, setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah
mewujudkan pusat sehenti bagi mempercepatkan proses mendapatkan CF.
"Bukan semua kelewatan untuk
mendapatkan CF disebabkan masalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ada
sebahagiannya disebabkan pemaiu sendiri yang tidak menyiapkan
tugasan dengan sempurna katanya.
Beliau berlaku sebelum pemilikan
kosong dibuat pemaju hendaklah mendapatkan pengesahan arkitek sokong
tujuh jabatan teknikal serta penyambung bekalan air serta elektrik.
Katanya, Pemaju juga perlu memaklumkan kepada pengawal perumahan
apabila menyerahkan pemilikan kosong kepada pembeli.
Semua ini perlu supaya Borang E dapat diserahkan kepada PBT bagi
pengeluaran CF, "katanya. |