This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lima tahun penduduk belum diberi CF
03/07/2002 Utusan Malaysia
 
PUCHONG 2 Julai – Penduduk Taman Puchong Intan meminta pemaju perumahan kawasan itu dan Majlis Perbandraran Subang Jaya (MPSJ) bertindak segera untuk memastikan Sijil Layak Menduduki (CF) ditunggu sejak lima tahun lalu dikeluarkan.

Ahli Parlimen Kawasan Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, kelewatan pengeluaran CF kepada kira-kira 980 pemilik rumah di fasa kedua dan ketiga taman berkenaan tidak akan wujud jika kedua-dua pihak tersebut bertindak segera untuk menyelesaikan perkara itu.

Pian Hon berkata, beliau sudah mengkaji masalah tersebut dan mengemukakan syarat-syarat tertentu kepada pihak pemaju dan MPSJ supaya menyelesaikan masalah pemberian CF kepada penduduk.

"Saya sudah bertindak berhubung perkara itu, namun, masalah ini belum selesai sehingga menyebabkan penduduk terpaksa menunggu jawapannya," kata beliau baru-baru ini.

Penduduk taman mendakwa hanya diberi CF sementara pada tahun 1999 yang hanya boleh digunakan selama enam bulan dan belum menerima CF penuh bagi rumah di fasa kedua dan ketiga.

Persatuan Penduduk Taman Puchong Intan pernah membawa isu berkenaan untuk perhatian MPSJ dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi tidak menerima sebarang hasil memuaskan.

Menurut Pian Hon, masalah itu bertambah rumit kerana terdapat rumah yang mengalami kecacatan dan kerosakan pada bahagian tertentu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.