Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

CF : Nama PBT degil akan didedahkan
Utusan Malaysia  04/05/2002

Ipoh 3 Mei – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mendedahkan nama-nama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih berdegil untuk mematuhi garis panduan kelulusan sijil layak menduduki (CF) dalam tempoh dua minggu daripada tarikh penerimaan borang E.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, tindakan itu akan diambil setelah PBT masih ingkar terhadap nasihat dan peringatan daripada kementerian mengenai perkara itu.

Menurutnya, nama PBT terbabit akan didedahkan kepada jemaah menteri menerusi laporan maklum balas garis panduan pelan pembangunan negara.

Katanya, dalam laporan awal kepada jemaah menteri bulan lepas,kementerian memberi peluang kepada agensi berkenaan dengan tidak menyebut nama sebaliknya merujuk sebagai beberapa PBT yang gagal berbuat demikian.

Kementerian diminta membentangkan laporan maklum balas mengenai garis panduan pelan pembangunan kepada jemaah menteri setiap enam bulan dan laporan awal kali pertama dibentangkan bulan lepas.

" Dalam laporan itu, kita ada menyebut beberapa PBT yang belum bersedia mencapai Piagam Pelanggan dan masalah yang kita tidak puas hati ialah soal kelulusan CF dalam tempoh 14 hari peneriamaan borang E, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sistem e-rancang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Casuarina Park Royal , Di sini, hari ini.

Ka Ting berkata, borang E merupakan perakuan daripada tujuh agensi teknikal termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi kemudahan awam lain.

Katanya, PBT juga disarankan tidak menyuruh permohon CF supaya menyemak semuala perakuan itu atau mengemukakan syarat tambahanan pada permohonan itu kerana jabatan terbabit adalah pakar dalam bidang masing-masing.

" Jika berlaku masalah, tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh jabatan-jabatan teknikal berkenaan," katanya.

Tahun lepas, hampir semua kerajaan negeri telah meminda Undang-Undang Kecil Keseragaman Bangunan masing-masing sebagai langkah mengguna pakai garis panduan pelan pembangunan negara.

Tambah Ka Ting, kementerian masih mengumpulkan data mengenai PBT yang ingkar dan akan memberi nasihat serta memberi peluang mereka membetulkan keadaan sebelum tindakan lanjut di ambil.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.