This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli tanggung rugi
Rumah lambat siap,tiada kemudahan
Harian Metro 07/03/2002

SEPANG:Pembeli unit rumah pangsapuri kos sederhana di Jalan Pinggiran 2 di Taman Mas Sepang ,di sini, menanggung kerugian akibat pemaju perumahan tidak menepati janji.

Kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh pemaju termasuk kawalan pengawal keselamatan ,kolam renang, rumah kelab dan tempat letak kenderaan tidak dibina dengan sempurna .

Pembeli, Harjit Singh,berkata pangsapuri lima blok yang mengandungi lebih blok 100 unit setiap satu itu mula dibeli pada 1997 dan pemaju berjanji ia akan disiapkan pada 1999/2000.

Bagaimanapun, katanya, rumah itu hanya siap pada tahun ini dan satu blok saja disiapkan sementara selebihnya masih dalam proses pembinaan.

"Berdasarkan perjanjian, pemaju sepatutnya membayar 10 peratus pampasan kelewatan dari tarikh siap rumah. Tetapi,pemaju gagal berbuat demikian,"katanya.

Belum hampir setahun rumah itu siap,katanya,dinding di hampir setiap unit sudah retak dan ada air mengalir apabila hujan dan pembeli mendapati pemaju meletakkan kabus pada dinding sebelum disimen.

Oleh itu, katanya, dinding rumah itu lembut hingga tidak membolehkan pembeli hendak memakunya untuk menggantung perhiasan.

Selain itu,katanya ,pemaju tidak menyediakan jalan raya untuk memasuki kawasan perumahan itu dan pembeli terpaksa menumpang laluan jalan kampung berhampiran,

"Kawasan pangsapuri ini dalam hutan dan kalau malam,ia sangat gelap kerana tidak ada lampu jalan langsung.kawasan ini juga tidak ada kabel telefon,"katanya.

Menurutnya,pemaju ada memberikan Sijil Layak Menduduki (CF) sementara kepada penduduk,tetapi,sijil itu sudah tamat tempoh dan hingga kini pembeli masih belum menerima CF asal.

Apabila kami periksa CF itu di pihak berkuasa tempatan yang berkenaan, kami mendapati CF itu bukan untuk rumah kami, tetapi bagi kilang di kawasan terbabit,"katanya.

Kegagalan pemaju memenuhi kandungan perjanjian ,katanya,menyebabkan pembeli mengalami kerugian memandangkan unit yang dibeli berharga RM107,000 hingga RM135,000 itu tidak dapat diduduki atau disewakan.

Setakat ini,katanya hanya 15 keluarga tinggal di blok yang mempunyai lebih 100 unit itu kerana pelbagai masalah di situ termasuk tiada kemudahan pengangkutan.

Saya tidak tinggal di sini kerana membeli sebagai pelaburan tetapi tiada yang hendak menyawa," katanya.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.