This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Khidmat guaman pembeli rumah

25/02/2002 Utusan

MELAKA 24 Feb. - Kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan peguam percuma kepada pembeli rumah yang menjadi mangsa penganiayaan pemaju projek perumahan terbengkalai di Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkhidmatan itu membolehkan pembeli mendapatkan hak mereka menerusi bantuan guaman tersebut.

Menurutnya, peguam yang dilantik melalui Barisan Nasional (BN) akan membela pembeli rumah yang teraniaya dan seterusnya mendakwa pemaju perumahan yang cuba melarikan diri apabila menghadapi masalah. "Oleh itu, pembeli rumah yang merasakan diri mereka dianiayai oleh pemaju supaya segera melaporkan perkara itu bagi membolehkan kerajaan negeri menyediakan peguam percuma," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah di Taman Bertam Jaya dekat Pulau Gadong, di sini, hari ini. Menurutnya, setakat ini hanya sebuah projek perumahan terbengkalai iaitu di Umbai, di sini, membabitkan 100 unit rumah teres kos rendah dan sederhana.

Projek itu yang terbengkalai sejak tahun lalu, jelas beliau, kini telah diambil-alih oleh syarikat lain dan dijangka siap sepenuhnya tahun ini. "Pembeli rumah yang mengikat perjanjian jual beli rumah dengan syarikat lama tidak perlu bimbang kerana walaupun projek itu diambil-alih oleh syarikat baru, mereka akan tetap dapat rumah," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.