Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif
Bahagian Hak Milik Strata diwujudkan
28/11/2002 Berita Harian

KUALA LUMPUR, Rabu – Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi akan mewujudkan Bahagian Hak Milik Strata di bawah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mempercepatkan proses pengeluaran hak milik strata perumahan bertingkat dan bangunan tinggi lama.

Timbalan Menterinya, Dr Tan Kee Kwong, berkata penubuhan bahagian dapat mengurangkan masalah penduduk perumahan bertingkat, seperti rumah pangsa dan pangsapuri yang menghadapi masalah mendapatkan hak milik strata.

Belaiu berkata, kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kerajaan tempatan, termasuk mengkaji undang-undang tanah berkaitan hak milik strata sebelum menubuhkannya.

“Ini kerana kementerian sering mendapat aduan, terutama daripada penduduk dan pemaju perumahan bertingkat yang lambat mendapat hak milik strata.

“Bahagian Hak Milik Strata akan ditubuhkan secepat mungkin dan akan menjadi jawatankuasa khas menyelia dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan hak milik strata,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas perbincangan dengan penduduk dan pemaju Rumah Pangsa Riviera di Taman Muda, Cheras yang mengambil tempoh yang lama untuk menukar hak milik induk kepada hak milik individu.

Dalam pertemuan itu, penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati kegagalan pemaju, Metroplex Development Sdn Bhd menyelenggara bangunan sejak 15 tahun lalu.

Dr Tan berkata, selain di Kuala Lumpur, kementerian bercadang mewujudkan Bahagian Hak Milik Strata di Selangor dan Pulau Pinang memandangkan negeri terbabit adalah yang paling banyak menghadapi masalah hak milik strata.
 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.