Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Projek rumah terbengkalai ditarik balik
29/10/2002 Berita Harian

KLANG, Isnin - Semua projek rumah kos rendah yang gagal dibina pemaju perumahan swasta sehingga November ini, akan ditarik balik.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Setinggan dan Alam Sekitar, Datuk Mokhtar Dahlan, berkata ada kira-kira 60 projek lama dan baru yang belum dilaksanakan.


"Ada antara projek itu sudah mengambil masa 15 tahun tetapi masih belum dilaksanakan pemaju terbabit dengan harapan kerajaan lupa mengenai projek berkenaan.


"Oleh itu sekiranya pemaju perumahan yang diberikan tanggungjawab membina rumah kos rendah gagal berbuat demikian sehingga November, kerajaan akan menarik balik projek itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penerangan menandatangani surat akujanji bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sungai Pinang dekat sini di sini, hari ini.


Mokhtar berkata, ada 17 unit rumah kos rendah di Taman Sungai Pinang yang terbengkalai selama kira-kira 15 tahun dan ia perlu segera dibina bagi memastikan semua projek terbengkalai di negeri itu dapat disiapkan sebelum 2005.


Kerajaan negeri, katanya, berterima kasih kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bersedia mengambil alih pembinaan projek di Taman Sungai Pinang yang membabitkan kos kira-kira RM1 juta serta dijangka siap dalam enam bulan.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.