Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif
Syor mestikan pemaju pasang sistem penggera
Berita Harian 08/09/2001

KUALA LUMPUR, Jumaat - Kerajaan harus mewajibkan pemaju perumahan memasang sistem penggera kebakaran dan alat pemadam api untuk semua projek perumahan sebagai syarat mandatori.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Wilayah Persekutuan dan Selangor, Chang Kim Loong, berkata kerajaan harus mensyaratkan semua pemaju memasang peralatan itu sebelum memohon sijil kelayakan menduduki (CF) sebagai langkah pencegahan bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta
benda.

"Apa salahnya mereka membelanjakan kira-kira RM500 untuk setiap rumah sebagai `kemudahan' tambahan kepada pembeli rumah.

"Pemaju perumahan tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan penghuni.

"Mereka sudah mendapat keuntungan banyak daripada jualan rumah dan tiada salahnya jika membelanjakan sedikit wang sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam membantu mengurangkan kes kebakaran di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pengusaha peralatan kebakaran juga harus mengambil inisiatif mengajar pengguna cara mengendalikan alat pemadam api dan sistem penggera kebakaran.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk M Kayveas, berkata pemaju perumahan diminta memasang sistem penggera kebakaran sebelum memohon CF demi keselamatan penghuni.

Beliau berkata, sikap masyarakat yang sering mengabaikan keselamatan dikenal pasti punca utama berlaku kemalangan jiwa termasuk di premis kediaman.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda), Datuk Eddy Chen Lok Loi, berkata kerajaan harus menggalakkan orang ramai memasang sistem penggera kebakaran dan alat pemadam api di rumah masing-masing, bukannya memaksa pemaju memasangnya kerana ia akan
membebankan mereka.

Beliau berkata, pemasangan sistem penggera dan alat kebakaran harus dibuat berdasarkan pilihan setiap pemilik rumah.

"Satu sistem penggera berharga kira-kira RM100 dan jika ada lima bilik termasuk ruang tamu, maka pemaju terpaksa membelanja lebih RM500 untuk satu rumah," katanya.
 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.