This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemilik kondo tunggu sijil hak milik strata 10 tahun
Harian Metro 21/09/2001

KUALA LUMPUR: Seramai 675 pemilik unit di Kondominium Palm Court di Brickfileds, di sini, kesal dengan sikap pemaju yang melengah-lengahkan pemberian sijil hak milik strata.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, B Muralidharan, berkata pihaknya terpaksa menunggu sijil itu lebih sepuluh tahun dan meminta jasa baik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk M Kayveas untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

"Kegagalan mendapatkan sijil berkenaan menyebabkan pemilik mengalami pelbagai kesulitan yang berkaitan dengan jual beli dan proses pindah milik," katanya selepas taklimat media di Pusat Bandar Damansara, semalam.

Menurutnya, ramai pemilik mengalami kerugian kerana pemaju mengenakan satu peratus daripada jumlah harga rumah yang dipindah milik atau dijual sebagai bayaran pengurusan.

Setiausaha Persatuan, P Thiru, berkata pemilik juga mengalami masalah kerana pemaju bertindak menaikan bayaran penyelenggaraan tanpa berunding dengan persatuan penduduk.

"Mereka tidak merujuk kepada kami sebelum membuat keputusan itu dan tidak memperlihatkan sebab mengapa mereka harus menaikkan bayaran berkenaan," katanya.

Menurutnya, sejak menduduki kondominium berkenaan pada 1989 pemaju hanya mengenakan RM75 sebagai bayaran penyelenggaraan dan meningkatkannya kepada RM100 pada 1995 dan RM120 tahun ini

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.