Pembelian rumah murah secara pukal
dihentikan
Utusan Malaysia 10/2/2001
Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPN) menegaskan pihaknya telah
menghentikan pembelian rumah murah secara pukal daripada pemaju perumahaan
swasta.Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi
berkata, sebaliknya SPN telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan
tanah-tanah kerajaan yang diperuntukan bagi pembinaan rumah-rumah
sedemikian dengan kerjasama kerajaan negeri.
“SPN juga tidak merancang untuk membeli tanah-tanah
kepuyaan swasta bagi pembinaan rumah-rumah selesa (luas 650 kaki persegi,
tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu ruang makan) yang sedang dalam
rancangan.
“Malah sebaliknya, kami hanya akan membina rumah-rumah
berkenaan diatas tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan dan agensi
berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran logo
baru SPN di sini ini.
Menurutnya, SPN juga tidak merancang untuk membangunkan
secara usaha sama tanah-tanah kepuyaan swasta.
Malah, kayanya, SPN akan menggunakan sepenuhnya tanah
yang diambil alih dari Tabung Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT
Sdn. Bhd) untuk tujuan pembangunan rumah-rumah selesa seperti yang telah
dirancangkan.
Ahmad Zahid berkata, SPN tidak lagi memberi ‘pinjaman
jambatan’ kepada pemaju-pemaju perumahan yang mana peranan ini diteruskan
oleh pihak institusi kewangan.
Dengan focus baru itu juga, SPN turut telah diarahkan
oleh kerajaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri membangunkan
rumah-rumah selesa dan membantu menyelesaikan masalah setinggan menjelang
tahun 2005.
SPN juga bertanggungjawab menyelesaikan maslah rakyat
berpendapatkan rendah melalui skim pembaiyaan pemikikan rumah yang lebih
mudah serta membantu golongan sederhana tetapi mempunyai tanggungan ramai
untuk memiliki rumah selesa.Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPN)
menegaskan pihaknya telah menghentikan pembelian rumah murah secara pukal
daripada pemaju perumahaan swasta.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata,
sebaliknya SPN telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan tanah-tanah
kerajaan yang diperuntukan bagi pembinaan rumah-rumah sedemikian dengan
kerjasama kerajaan negeri.
“SPN juga tidak merancang untuk membeli tanah-tanah
kepunyaan swasta bagi pembinaan rumah-rumah selesa (luas 650 kaki persegi,
tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu ruang makan) yang sedang dalam
rancangan.
“Malah sebaliknya, kami hanya akan membina rumah-rumah
berkenaan diatas tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan dan agensi
berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran logo
baru SPN di sini ini.
Menurutnya, SPN juga tidak merancang untuk membangunkan
secara usaha sama tanah-tanah kepuyaan swasta.
Malah, kayanya, SPN akan menggunakan sepenuhnya tanah
yang diambil alih dari Tabung Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT
Sdn. Bhd) untuk tujuan pembangunan rumah-rumah selesa seperti yang telah
dirancangkan.
Ahmad Zahid berkata, SPN tidak lagi memberi ‘pinjaman
jambatan’ kepada pemaju-pemaju perumahan yang mana peranan ini diteruskan
oleh pihak institusi kewangan.
Dengan focus baru itu juga, SPN turut telah diarahkan
oleh kerajaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri membangunkan
rumah-rumah selesa dan membantu menyelesaikan masalah setinggan menjelang
tahun 2005.
SPN juga bertanggungjawab menyelesaikan maslah rakyat
berpendapatkan rendah melalui skim pembaiyaan pemikikan rumah yang lebih
mudah serta membantu golongan sederhana tetapi mempunyai tanggungan ramai
untuk memiliki rumah selesa. |