This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

TIADA CADANGAN HARAM PASANG JERIJI RUMAH: ONG
Berita Harian 18/01/2001

Putrajaya, Rabu – Kerajaan tidak berhasrat mengharamkan pemasangan jeriji di tempat kediaman, seperti flat atau kondominium, wlaupun dikatakan menjadi punca utama kematian mangsa yang terperamgkap ketika berlaku kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pengharaman bukan satu tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah itu kerana ia membabitkan hak orang ramai.

Katanya, pelaksanaan peraturan yang terlalu tegas seperti mengharamkan pemasangan jeriji, akan menyusahkan orang ramai kerana ia dipasang bagi tujuan keselamatan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini.

MoU itu bertujuan meluaskan kerjasama UKM dan JBPM dalam bidang pendidikan tinggi. UKM menawarkan Program Diploma Siswazah Pengurusan Industri, Program Siswazah Pengurusan Kesihatan Pekerjaan dan Program Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri.

Ong berkata, sebuah jawatankuasa khas mengenai jeriji telah ditubuhkan oleh kerajaan tahun lalu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memasang jeriji yang mudah dibuka sekiranya berlaku kebakaran.

“Cara paling sesuai bagi mengurangkan masalah itu ialah dengan memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai supaya lebih mementingkan keselamatan nyawa daripada harta benda,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.