This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Perumahan beri keutamaan kepentingan sosial
Berita Harian 8/1/2001

SHAH ALAM, Jumaat – Kerajaan akan terus memastikan projek perumahan disekitar Bandar besar terutama Lembah Klang tidak mengabaikan ciri-ciri kehidupan selesa dengan melaksanakan prinsip perancangan teliti dan mengutamakan kepentingan social.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting berkata, Kementerian melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa memantau projek perumahan di sekitar Lembah Klang bagi memastikan pemaju tidak mengambil kesempatan mengabaikan ciri-ciri keselesaan berikutan keperluan terhadap kediaman yang semakin tinggi.

Beliau berkata walaupun ada laporan menyebut kepesatan pembangunan di Lembah Klang menyebabkan penduduk semakin padat, itu bukan bermakna pemaju boleh sewenang-wenangnya membina kawasan perumahan tanpa perancangan yang teliti sehingga mengabaikan aspek sosial.

“PBT mengedari perkara ini akan cuba memastikan pembangunan pesat tidak menghalang pemaju daripada berpegang kepada perancangan Bandar yang betul.
“Saya mengingatkan pemaju perumahan bahawa kemudahan sosial perlu di beri keutamaan sosial perlu diberi keutamaan perlu mempunyai tempat beriadah di samping pelbagai kemudahan asas lain,” katanya selepas Merasmikan Pusat Alam Sekitar Makro di sini hari ini.

Terdahulu, Ong berkata, matlumat unggul kementerian untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan mengitar semula serta mengamalkan gaya hidup 3R (recycle, reuse, reduce) ataupun mengitar semula, mengguna semula dan mengurang.

Beliau berkata, orang ramai sering menganggap bahawa sisa pepejal seperti kertas, kaca, aluminium, tin dan plastik tidak mempunyai nilai dan perlu dilupuskan saja sedangkan ia sebenarnya mempunyai nilai ekonomi dan patut dikitar atau guna semula.

Amalan mengitar semula akhbar walaupun menampakkan kesan positif berikutan ada kemudahan pembeli surat khabar lama yang pergi ke kawasan perumahan namun kajian mendapat itu yang dapat dikutip manakala 60 peratus lagi di buang.

“Jika kita semua masih menganggap isu sampah ini perkara kecil dan belum mahu mengambil langkah penyelesaian, lambat laun kediaman kita akan terletak bersebelahan tapak pelupusan sampah.

“Anda akan hidup dalam suasana tercemar dan tidak bersih yang mana anda akan sentiasa menghidu bau busuk sampah, terdedah kepada penyakit daripada agen pembawa penyakit seperti lalat dan tikus serta terdedah penccemaran air bawah tanah.

“Pendek kata hidup dalam suasana yang tidak sihat dan tidak selesa,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.