This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PENDUDUK ROSAK ALAT BANTUAN PADAM API
17/01/2001 Harian Metro

Kuala Lumpur: Sikap penduduk yang merosak serta mencuri peralatan pancur kering yang ditempatkan di bangunan kediaman dikenal pasti punca utama alat bantuan memadamkan api itu gagal digunakan pada waktu kecemasan.

Kerosakkan dan kecurian membabitkan peralatan pancur kering itu dikatakan berlaku hampir di semua flat di ibu kota, menyebabkan penduduk rumah pangsa terdedah kepada bahaya.

Ahad lalu, lima sekeluarga rentung apabila terperangkap dalam rumah mereka di tingkat 15, Flat Sri Kelantan, Sentul, berikutan kegagalan orang ramai memberikan bantuan awal memadamkan api menggunakan pancur kering.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Penguasa Abu Ubaidat Mohamad, berkat sikap orang ramai yang sering merosakkan peralatan itu amat dikesali kerana bantuan awal tidak dapat diberikan.

Menurutnya, ini kerana jika alat itu berfungsi, penduduk mungkin dapat membantu memadamkan api sebelum ketibaan anggota bomba untuk mengawal dan memadam kebakaran.

“Dalam kejadian Ahad lalu, selain pancur kering tidak berfungsi, ‘hose reel’ juga tidak dapat membekalkan air kepada penduduk dan anggota bomba ketika berusaha memadamkan api.

“Nasib baik, pili bomba di kawasan flat itu berfungsi dengan baik dan membekalkan air tanpa sebarang masalah terutamanya masalah tekanan air rendah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak membuat pemeriksaan ke atas peralatan itu kerana ia adalah tanggungjawab pemilik atau pengurusan sesebuah bangunan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di mana-mana flat sekiranya mendapat aduan daripada penduduk.

Selepas pemeriksaan, katanya, sekiranya tahap peralatan itu masih tidak memuaskan, pihaknya akan memberi amaran kepada pemilik bangunan supaya membaiki peralatan itu.

“Masalah itu (kerosakan peralatan) sebenarnya bukan sahaja tanggungjawab pemilik bangunan, malah semua penduduk di sesebuah flat,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.