This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PEMILIK BANGUNAN TINGGI USAH PASANG JERIJI
Berita Harian 19/01/2001

Kota Kinabalu, Khamis – Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Tambi menasihatkan semua pemilik premis bangunan tinggi di negara ini tidak memasang jeriji keselamatan agar nyawa penghuninya tidak terancam sekiranya berlaku kebakaran.

Katanya, tidak ada sebab bagi pemilik berkenaan untuk memasang jeriji pada bangunan tinggi.

“Walaupun kerajaan tidak mengharamkan penggunaan jeriji dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tidak mengeluarkan apa-apa peraturan yang tidak membenarkan pemasangan jeriji, tetapi adalah tidak perlu untuk memasangnya pada bangunan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, sebalik pemilik wajar memikirkan keselamatan diri, keluarga dan mereka yang tinggal di bangunan tinggi.

Katanya, sekiranya rumah tidak berjeriji, kemungkinan masalah terperangkap yang seterusnya menyebabkan kematian ketika kebakaran tidak akan timbul.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Bomba Negeri selepas merasmikan Majis Penganugerahan Pingat Kebesaran Bomba di Perkarangan Padang Kawad Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Soiman Jahid.

Katanya, walaupun pada masa sekarang ini kerajaan belum sampai ketahap mengharamkan penggunaan jeriji, orang ramai perlu memandang serius perkara itu.

“Masalah pengharaman jeriji tidak penting. Apa yang penting ialah sikap kita sebagai pengguna.

“Ini kerana banyak kes yang menyebabkan kematian dalam kebakaran kerana terperangkap disebabkan pemasangan jeriji.

“Biasanya, apabila sesuatu kebakaran itu menyebabkan kamatian, orang ramai akan menyalahkan pihak bomba,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap orang ramai supaya lebih peka terhadap pencegahan kebakaran dan sentiasa memastikan alat kelengkapan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik.

“Oleh itu, kerjasama orang ramai dan pemilik bangunan serta pejabat penting. Mereka perlu peka kepada pencegahan kebakaran.

“Jika mereka dapati bangunan yang diduduki tidak mempunyai unsur keselamatan pencegahan kebakaran yang baik, mereka boleh membuat laporan ke balai bomba yang berhampiran,” katanya.

Pihak yang tidak memandang serius perkara itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 341 (1998) Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, jabatan bomba di seluruh negara mempunyai bahagian penguatkuasa untuk memantau dan melakukan pemeriksaan terhadap bangunan yang mengabaikan keselamatan pencegahan kebakaran.

“Kami mendapati banyak bangunan tinggi, rumah pangsa, pejabat kerajaan dan swasta mengabaikan keselamatan pencegahan kebakaran serta tidak mementingkan alat kelengkapan kebakaran berada dalam keadaan baik,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.