This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tetap bantu projek rumah terbengkalai
Harian Metro 01/12/2000

KUALA LUMPUR: Masalah pembeli rumah terbengkalai tidak pernah dibiarkan begitu saja dan keutamaan tetap diberi untuk menyelesaikan masalah ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin, berkata usaha berterusan dibuat bagi memastikan mereka yang membeli rumah dan kemudian terbengkalai terbela.

Soalan mengenai rumah terbengkalai itu dibangkitkan Taib Azamudden Md Taib (Pas-Baling).

Beliau meminta kementerian berkenaan menyatakan berapa banyak projek perumahan diseluruh negara yang terbengkalai akibat daripada kegawatan ekonomi yang melanda negara mulai 1997 hingga sekarang.

Chin berkata, jumlah projek terbengkalai dari 1989 hingga 1999 ialah 493 projek.

"Daripada jumlah berkenaan, 317 projek dapat dipulihkan, 19 diambil pemaju lain dan 170 masih terbengkalai," katanya.

Dalam soalan tambahannya, Taib Azamudden, bertanya mengenai begitu banyak peruntukan diberi untuk 'menyelamatkan' Perwaja dan membina E-Village dan tidak mungkin peruntukan sebesar itu tidak boleh diberi untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai.

"Ada pembeli rumah yang kini terpaksa menjelaskan dua bayaran iaitu pinjaman rumah yang tetap berjalan walaupun rumah terbengkalai dan satu lagi membayar sewa rumah," katanya.

Menurutnya, keadaan itu memang membebankan dan ia bukannya membabitkan jumlah yang kecil.

Chin berkata, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2001 baru-baru ini, kerajaan mengadakan tabung khas untuk membantu projek perumahan terbengkalai.

Sementara itu, dalam sesi soal jawab juga, Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow (BN-Mentakab), menafikan Malaysia bersikap membangga diri apabila mengatakan mengenai kelebihan yang ada pada negara ini.

"Apa yang dicakapkan oleh pemimpin dinegara ini mengenai Malaysia adalah berdasarkan fakta dan benar belaka," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.