This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

ABDUL AZIZ ABDUL HAMID & YANG LAIN LWN. PERAK ROADWAYS BHD

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH
[GUAMAN SIVIL NO. 22-162-2002]
VT SINGHAM H
30 OKTOBER 2006

 


PENGHAKIMAN

VT Singham H:

[1] Notis rayuan kepada hakim dalam kamar (lampiran 64) oleh perayu adalah terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh yang diberi pada 17 Januari 2006 di mana saman dalam kamar (lampiran 55) yang difailkan oleh perayu ditolak dengan kos.

[2] Saman dalam kamar (lampiran 55) yang difailkan oleh perayu adalah satu permohonan untuk membatalkan tuntutan responden-responden Nombor 2, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 17, 18, 19, 20, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 40, 42, dan 43 di bawah A. 18 k. 19 dan/atau A. 92 k. 4 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, iaitu penyalah gunaan proses mahkamah. Alasan yang diguna pakai oleh perayu untuk membatalkan tuntutan responden-responden tersebut adalah tuntutan difailkan diluar had masa dan dengan itu, ianya dihalang oleh undang-undang di bawah s. 6(1) Akta Had Masa 1953. Di dalam rayuan ini perayu dirujuk sebagai defendan dan responden-responden tersebut sebagai plaintif-plaintif.

[3] Dalam rayuan ini, isu yang dibangkitkan dan dihujahkan oleh kedua-dua peguam yang bijaksana adalah:

(1) Bilakah 'kausa tindakan' plaintif-plaintif terhadap defendan terakru, untuk menuntut ganti rugi tertentu terhadap kelewatan penyerahan milikan kosong bangunan kepada plaintif-plaintif iaitu, sama ada pada hari keesokan tarikh milikan kosong sepatutnya diberi mengikut klausa atau fasal 20(1) Surat perjanjian jual-beli di antara plaintif-plaintif dan defendan atau pada bila tarikh sebenar milikan kosong diberi? Untuk rayuan ini surat perjanjian jual beli akan dirujuk (sebagai 'surat perjanjian tersebut') dan tarikh-tarikhnya adalah seperti dicatit di perkara 2 Jadual A exh. 'MY1' di afidavit lampiran 58.

[4] Dalam rayuan ini, Mahkamah ini ingin menyatakan bahawa tidak dinafikan bahawa s. 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 menghadkan masa untuk memfailkan tindakan menuntut ganti rugi berdasarkan kontrak kepada enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru. Adalah jelas bahawa jika kausa tindakan plaintif-plaintif dalam rayuan ini terakru pada keesokan hari tarikh milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut, tuntutan plaintif-plaintif untuk ganti rugi dihalang dari segi undang-undang kerana tuntutan tidak difailkan dalam tempoh masa enam tahun. Sebaliknya, jika kausa tindakan plaintif-plaintif hanya terakru pada keesokan hari bila tarikh serahan milikan kosong sebenar diberi, tuntutan plaintif-plaintif untuk ganti rugi tidak dihalang oleh had masa enam tahun dan tindakan boleh diteruskan.

Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 memperuntukan:

6.(1) Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say:

(a) actions founded on a contract or on tort.

[5] Dalam rayuan ini, kedua-dua peguam yang bijaksana telah bersetuju bahawa tarikh plaintif-plaintif memfailkan tuntutan di mahkamah adalah mengikut dan seperti catitan di writ saman (lampiran 1) iaitu di luar tempoh had masa jika kausa tindakan terakru pada keesokan hari tarikh milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut. Kedua-dua peguam yang bijaksana juga bersetuju writ saman tindakan plaintif-plaintiff (lampiran 1) telah difailkan di mahkamah pada 25 Julai 2002.

[6] Peguam bagi defendan berhujah bahawa kausa tindakan plaintif-plaintif bagi menuntut ganti rugi tertentu terhadap defendan untuk kelewatan penyerahan milikan kosong bangunan terakru pada keesokan hari tarikh milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut di mana kemungkiran sebenarnya berlaku dan bukan pada tarikh sebenar milikan kosong diberi. Manakala peguam bagi plaintif-plaintif berhujah bahawa untuk kiraan had masa, tarikh bermula dari keesokan hari tarikh bila milikan kosong sebenar diberi dan bukan pada keesokan hari milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut.

[7] Di sini mahkamah ini ingin merekodkan bahawa tarikh surat perjanjian tersebut berbeza bagi setiap plaintif-plaintif dan ini dipersetujui oleh kedua-dua peguam yang bijaksana. Kedua-dua pihak juga bersetuju ke atas tarikh-tarikh sepatutnya milikan kosong harus diberi kepada plaintif-plaintif dan tarikh sebenar milikan kosong diberi dan tarikh-tarikh tersebut adalah seperti dicatit di Jadual A (eks. MY1) yang dilampirkan di afidavit (lampiran 58).

[8] Setelah meneliti fakta-fakta dan keadaan kes ini bersama hujah-hujah dan autoriti-autoriti, mahkamah ini berpendapat had masa enam tahun di bawah s. 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 bermula atau wujud daripada tarikh bila 'kausa tindakan' atau kemungkiran berlaku atau terakru dimana dalam rayuan ini ianya adalah pada keesokan hari milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut dan bukan pada tarikh bila milikan kosong diberi. (Lihat kes Nasri lwn. Mesah [1970] 1 LNS 85; [1971] 1 MLJ 32). Klausa 20(1) dan (2) surat perjanjian tersebut menyatakan/memperuntukan:

Klausa 20(1):

The said building shall be completed by the Vendor and vacant possession, with the connection of water and electricity supply to the said Building, shall be handed over to the Purchaser within twenty four (24) calendar months from the date of this Agreement.

Klausa 20(2):

If the Vendor fails to hand over vacant possession of the said Building, together with the connection of water and electricity supply to the said Building in time, the Vendor shall pay immediately to the Purchaser liquidated damages to be calculated from day to day at the rate of ten per centum (10%) per annum of the purchase price.

[9] Mahkamah ini berpendapat tempoh masa enam tahun dikira daripada tarikh bila kemungkiran surat perjanjian tersebut berlaku, iaitu dalam kes ini, pada tarikh atau masa plaintif-plaintif berhak mendapatkan dan sepatutnya diberikan milikan kosong seperti yang dipersetujui di dalam kl. 20(1) surat perjanjian tersebut dan bukan dari tarikh bila milikan kosong sebenar di beri. (Lihat kes (1) Hemp lwn. Garland LR 4 QB 509 di ms 511, (2) Read lwn. Brown [1880] 22 QBD 128 di ms 131, (3) Reeven lwn. Butcher 2 QB 590 di ms 511, (4) Board of Trade lwn. Cazyer, Irvine & Co. [1927] AC 610 di ms 617 (5) B Gibbs lwn. Guild [1881] 8 QBD 296 di ms 302, (6) Ng Moh lwn. Tan Bok Kim [1968] 1 LNS 88; [1969] 1 MLJ 46 di ms 47, (7) Tan Swee Lan lwn. Engku Nik binti Engku Muda & Ors [1973] 1 LNS 156; [1973] 2 MLJ 187 di ms 188).

Dalam kes Insun Development lwn. Azali Bakar [1996] 2 CLJ 753 Edgar Joseph Jr. HMP berkata di ms 762-763:

The crucial question is: regard being had to the provisions of cl 18 of the agreement, when did the purchaser's right to sue for the agreed liquidated damages for the delay accrue?

It is clear law that in the absence of express contractual provision, the purchaser's right to sue for damages would accrue on the date of the breach of contract (see Nasri v. Mesah [1970] 1 LNS 85; [1971] 1 MLJ 32 at p. 34; Reeves v. Butcher [1891] 2 QB 509 at p. 511; Gibb v. Guild [1881-1882] 8 QBD 296 at p. 302.)

It follows, therefore, that our answer to the crucial question aforesaid is: because the agreement by cl. 18(2) had provided for a formula for the calculation of liquidated damages which defined the terminus a quo (the opening date) but not the terminus ad quem (the closing date), the purchaser's right of action for damages for breach of contract - following the general rule - accrued on the date of the breach which, in this case, was the day after the time limited under cl. 18(2) for the delivery of vacant possession, that is to say, on 12 December 1986. Accordingly, the purchaser, having commenced proceedings only on 31 July 1993, was more than seven months out of time. We are thus driven to the inevitable conclusion that the purchaser's claim was statute-barred under the provisions of section 6(1) of the Limitation Act 1953.

[10] Oleh itu, dan dengan hormatnya, mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujah-hujah oleh peguam yang bijaksana bagi plaintif-plaintif bahawa had masa dikira dari tarikh milikan kosong sebenar diberi. Mahkamah ini berpendapat tarikh bila milikan kosong sebenarnya diberi bukanlah fakta untuk menentukan tarikh bila had masa atau 'kausa tindakan' bermula atau wujud kerana had masa atau kausa tindakan bermula/wujud pada tarikh kemungkiran berlaku, iaitu pada keesokan hari daripada tarikh bila milikan kosong sepatutnya diberi iaitu dalam tempoh 24 bulan dari tarikh surat perjanjian tersebut dan tarikh itulah kausa tindakan berakru. (Rujuk kes (1) Insun Development lwn. Azali Bakar [1996] 2 CLJ 753 (FC), (2) Lim Kean lwn. Choo Koon [1969] 1 LNS 94; [1970] 1 MLJ 158, (3) Cooke lwn. Gill [1873] LR 8 CP 107, 116, (4) Read lwn. Brown [1888] 22 QBD 128, 131, (5) Barton lwn. North Staffordshire Railway Co. [1888] 38 Ch D 458, (6) Welch lwn. Bank of England & Ors [1955] Ch 508 di ms 544 dan (7) Hemp lwn. Garland LR 4 QB 509 di ms 511).

Dalam kes Tio Chee Hing & Ors lwn. Government of Sabah [1980] 1 LNS 124; [1981] 1 MLJ 207 di mana Chang Min Tat HMP mengulangi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dalam rayuan seperti berikut di ms 209:

Recently, the Court of Appeal in Ritches v. Director of Public Prosecutions considered that the observation in Dismore v. Milton went too far. It held, not following Dismore's case, that where it was clear that the defendant was going to rely on the statute of limitations and there was nothing before the court to suggest that the plaintiffs could escape from it, the claim would be struck out. His Lordship, Davies LJ in his judgment at p. 939 said:

In the light of those more recent authorities I think, as I say, that perhaps the observations of this court in Dismore v. Milton went too far. I do not want to state definitely that, in a case where it is merely alleged that the Statement of Claim discloses no cause of action, the limitation objection should or could prevail. In principle, I cannot see why not. If there is any room for an escape from the statute, well and good; it can be shown. But in the absence of that, it is difficult to see why a defendant should be called on to pay large sums of money and a plaintiff be permitted to waste large sums of his own or somebody else's money in an attempt to pursue a cause of action which has already been barred by the statute of limitations and must fail.

[11] Dalam kes ini, peruntukan di kl. 20(1) surat perjanjian tersebut dengan jelas menyatakan bahawa milikan kosong sepatutnya diberi dalam masa 24 bulan dari tarikh surat perjanjian tersebut dan tarikh-tarikhnya adalah seperti yang tercatat di Jadual A eks. MY1 yang dilampirkan di afidavit (lampiran 58). Tarikh-tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua peguam yang bijaksana dan dipersetujui juga milikan kosong tidak diberi pada tarikh-tarikh tersebut. Oleh itu, kemungkiran telah berlaku atau wujud pada tarikh keesokan hari daripada tarikh bila milikan kosong sepatutnya diberi mengikut kl. 20(1) surat perjanjian tersebut dan had masa dikira daripada tarikh keesokan harinya.

[12] Di atas alasan tersebut, tindakan yang difailkan oleh plaintif-plaintif adalah di luar tempoh masa enam tahun yang dibenarkan di bawah s. 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 berdasarkan kepada kontrak untuk ganti rugi seperti yang dituntut dan mahkamah ini bersetuju dengan hujah oleh peguam yang bijaksana bagi defendan. (Rujuk kes (1) Loh Wai Lian lwn. SEA Housing Corporation Sdn Bhd [1984] 2 CLJ 192 (Rep); [1984] 1 CLJ 176; [1984] 2 CLJ (Rep) 192 (2) Insun Development lwn. Azali Bakar [1996] 2 CLJ 753 (FC) (3) Reeven lwn. Butcher [1891] 2 QB 509 dan (4) Gibbs lwn. Guild [1881-1882] 8 QBD 296).

[13] (i) Dalam kes Credit Corporation (M) Bhd lwn. Fong Tak Sin [1991] 2 CLJ 871; [1991] 1 CLJ (Rep) 69 Hashim Yeop A Sani, Hakim Besar Malaya berkata:

The limitation law is promulgated for the primary object of discouraging plaintiffs from sleeping on their action and more importantly, to have a define end to litigation. This is in accord with the maxim interest republicate it sit fini litium, that in the interest of the state there must be an end to litigation. The rationale of the limitation law, should be appreciated and enforced by the courts.

(ii) Dalam kes Yew Bon Tew & Anor lwn. Kenderaan Bas Mara [1983] 1 CLJ 11; [1983] CLJ (Rep) 56 dimana Lord Brightman berkata:

When a period of limitation has expired, a potential defendant should be able to assume that he is no longer at risk from a stale claim. He should be able to part with his papers if they exist and discard any proofs of witnesses which have been retained, and order his affairs on the basis that his potential liability has gone. That is the whole purpose of the limitation defence.

(iii) Dalam kes Smith lwn. Clay [1767] 3 Bros CC 639 Lord Camden LC berkata di 640:

that a court of equity "... Has always refused its aid to stale demands, where a party has slept upon his right and acquiesced for a great length of time. Nothing can call forth this court into activity, but conscience, good faith, and reasonable diligence, where these are wanting, the court is passive, and does nothing.

(Vigilantibu non dormientibus, dura subveniunt bermakna 'equity aids the vagilant and not the indolent' (Rujuk kes (1) Hari Nath Chatterjee lwn. Mothur Mohun Goswamy ILR 21 Cal 8 (PC); (2) RC Jall lwn. Union of India AIR [1962] SC 1281 di ms 1284) A8 (3) A'Court lwn. Cross [1825] 3 Bing 329 di ms 332-333, (4) Llyods lwn. Butler [1950] 1 KB 76 di ms 81-82 (5) Jones lwn. Bellgrove Properties Ltd [1949] 2 KB 700 di ms 704, (6) Board of Trade lwn. Cayzer Irvine & Co [1927] AC 610 di ms 628, (7) Cholmondeley lwn. Clinton [1820] 2 J & W, (8) Maqbul Ahmed lwn. Onkar Pratap Narain Singh [1935] LR 62 IA 80, AIR [1935] PC 85 dan (9) Jambekar lwn. State of Gujarat [1973] 3 SCC 524; AIR [1973] SC 309, (10) State of Rajasthan lwn. Rikhob Chand (AIR) [1966] Raj. 213 (11) M.P. Raghavan Nair lwn. State Insurance Officer [1971] Ker. LJ 583 (DB) dan (12) Rajender Singh lwn. Santa Singh AIR [1973] SC 2537).

(iv) Dalam kes Industrie Chimiche Italia Centrale and Another lwn Alexander Tsaviliris & Sons Maritime Co and Others, The Choko Star [1996] 1 All ER 114 di ms 114 Mance H berkata di ms 123:

The underlying rationale of limitation periods (to protect against stale claims which should have been brought earlier)

(v) Dalam kes Land Executive Committee of Federal Territory lwn. Sykt Harper Gilfillan Bdn [1980] 1 LNS 150; [1981] 1 MLJ 234 Raja Azlan Shah Pemangku Ketua Hakim Negara (pada masa itu) berkata:

... time limit is the foundation of the right given in the section.

(Rujuk kes Riches lwn. Director of Public Prosecution [1973] 1 All ER 935 di ms 939, (2) Tio Chee Hing & Ors [1980] 1 LNS 124; [1981] 1 MLJ 207, (3) Haji Hussin bin Haji Ali & Ors lwn. Datuk Haji Mohamed bin Yaacob & Ors And Connected Cases [1983] 2 CLJ 214; [1983] CLJ (Rep) 579, dan (4) Alias bin Ismail lwn. Hairuddin bin Mohamad & Anor [1997] 4 CLJ 669).

[14] Isu 'without prejudice' yang dibangkitkan oleh peguam yang bijaksana bagi plaintif-plaintif seperti yang tercatit dalam surat defendan eks. MY4 dan MY6 yang dilampirkan di afidavit plaintif-plaintif (lampiran 58) dimana peguam bagi plaintif-plaintif cuba mengguna pakai untuk mengelakkan had masa, mahkamah ini berpendapat bahawa pertama, kandungan surat-surat yang dicatit 'without prejudice' secara am tidak diterima pakai dalam perkara di mana tujuan surat-surat itu adalah untuk cuba berunding untuk mencapai penyelesaian dan penyelesaian tidak dapat dicapai. Dalam kes ini, surat eks. MY6 tersebut yang diharap oleh plaintif-plaintif dikeluarkan selepas tempoh had masa enam tahun wujud terhadap sebahagian plaintif-plaintif. (Rujuk kes Sampuran Singh lwn. Niranjan Kaur AIR [1999] SC 1047), kedua, tuntutan plaintif-plaintif bukan berdasarkan kepada kandungan surat-surat tersebut tetapi berdasarkan kepada kemungkiran defendan pada kl. 20(1) surat perjanjian tersebut dan ini diakui oleh peguam yang bijaksana bagi plaintif-plaintif semasa hujahan dibuat dan juga tidak ada sebarang pindaan dibuat. (Rujuk kes (1) Conlon lwn. Conlon Ltd [1952] 2 All ER 462 (2) Anderson lwn. Bank of British Columbia [1876] 2 Ch D 644, (3) Walker lwn. Wilsher [1889] 23 QBD 335, (4) LA ROCHE lwn. Armstrong [1922] All ER Rep. 311, (4) Tomlin lwn. Standar Telephones and Cables Ltd [1969] 3 All ER 201 (5) Malayan Banking Bhd lwn. Foo See Moi [1981] 1 LNS 95; [1981] 2 MLJ 17 (6) South Shropshire District Council lwn. Amos [1987] 1 All ER 340 (7) Styrobilt Sdn Bhd lwn. Kumpulan Kim Huat (Sin Kee) Sdn Bhd [1990] 2 CLJ 848; [1990] 3 CLJ (Rep) 114, (8) Wong Nget Thau & Anor lwn. Tay Choo Foo [1994] 4 CLJ 617, (9) Oh Kuang Liang lwn. Associated Wood Indusries Sdn Bhd [1995] 2 CLJ 961 (10) Chan Kok Choon lwn. United Malayan Banking Corp Bhd [1998] 2 CLJ 731 (11) Dusun Desaru Sdn Bhd & Anor lwn. Wang Ah Yu & Ors [1999] 2 CLJ 749 (12) Rush & R Tompkins Ltd Cutts lwn. Head and Another [1984] 1 Ch 290 (13) Paddock lwn. Forrester [1842] 3 Scott NHR 715, 133 ER 1404 (14) Mole lwn. Mole [1950] 2 All ER 328 (15) Theodoropoulads lwn. Theodoropoulads [1963] 2 All ER 772, (16) Filed lwn. Commissions for Railways for New South Wales 1957 99 CLR 285, (17) Harwick Jersey International Limited lwn. Caplan Times Law Report 11 March [1988] (18) Butler lwn. Board of Trade [1971] 1 Ch 680 di ms 689, (19) Cutts lwn. Head [1984] 1 All ER 597 di ms 603, 610 di ms 605 dan 611 (20) Re Daintrey ex p Holt [1893] 2 QB 116, (21) South Shropshire DC lwn. Amos [1987] 1 All ER 340, (22) Re Sunshine Securities (Pte) Ltd [1977] 1 LNS 109; [1978] 1 MLJ 57, (23) Sun Soon Heng Coach Works Sdn Bhd lwn. NIMA Travel Sdn Bhd [1985] 1 LNS 74; [1986] 1 MLJ 252 (24) Ng Chuan Seng lwn. Tan Ah Yoke [1968] 1 LNS 87; [1969] 2 MLJ 75 dan s. 23 Akta Keterangan 1950.

[15] Oleh itu, mahkamah ini berpendapat bahawa kandungan surat-surat tersebut tidak boleh diterima (inadmissible) sebagai keterangan. Lebih-lebih lagi, tuntutan plaintif-plaintif dalam writ saman tidak merujuk kepada atau plid berdasarkan kepada sebarang pengakuan tetapi hanya berdasarkan kepada kemungkiran kl. 20(1) surat perjanjian tersebut. (Rujuk kes Sitharaman lwn. Krishnanmurty 38 Mad 374). Dengan itu, surat-surat eks. MY4 dan MY6 tidak diterima dan tidak diambil kira dalam mempertimbangkan rayuan ini. Mahkamah ini juga mengenepikan (expunge) eks.-eks. MY4 dan MY6 dan tidak mengambil kira perenggan 11 dan 12 di afidavit oleh plaintif-plaintif (lampiran 58) di mana adalah tidak relevan bagi notis rayuan ini dan/atau bagi saman dalam kamar (lampiran 55) dan sepatutnya tidak dilampirkan dan dibangkitkan di afidavit (lampiran 58). Di sini adalah penting untuk menyatakan bahawa sebarang dokumen yang tidak relevan tidak sepatutnya dikemukakan dan tidak akan diambil kira.

[16] Dalam keadaan tersebut dan di atas fakta-fakta kes ini, rayuan oleh defendan dibenarkan. Keputusan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi yang diberi pada 17 Januari 2006 terhadap saman dalam kamar (lampiran 55) diketepikan. Seterusnya, tuntutan plaintif-plaintif tersebut nombor 2, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 17, 18, 19, 20, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 40, 42, dan 43 terhadap defendan dibatalkan dengan kos. Defendan dibenarkan kos rayuan ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.