|
Ucapan Y. Bhg. Dato Haji Zainuddin Hj.
Bachik, Pengerusi Persatuan Pembeli Perumahan pada Majlis Pelancaran
Persatuan
20 April, 2001
_________________________________________________________
Selamat Pagi dan Salam sejahtera
Persatuan pembeli perumahan Kuala Lumpur
dan Selangor yang merancang untuk berkembang ke tiap-tiap negeri, telah
ditubuhkan atas desakan pembeli-pembeli rumah yang merasa kecewa akibat
sesetangah pemaju perumahan yang tidak telus dan jujur dalam pembinaan
rumah degan tujuan untuk mengaut seberapa banyak keuntungan tanpa
mengambil kira kepentingan dan hak pembeli-pembeli rumah.
Semenjak ditubuhkan dengan rasminya pada
bulan Julai 2000 di bawah Akta Pertubuhan, sehingga akhir tahun lau,
pembeli-pembeli dari 46 buah projek perumahan yang terdiri dari seramai
10,000 orang telah membuat pelbagai aduan kepada Persatuan ini.
For the benefits of all I will enumerate
their problems hereunder:-
-
Poor quality finish - not
commensurate with the price of houses;
-
Late delivery of houses giving house
buyers extra burden to continue renting houses and at the same time
servicing loans from banks for houses not completed;
-
Late issuance of CF's and strata
titles;
-
Use of inferior building materials
and non-compliance to building specifications as well as other
grouses;
-
Abandoned projects and those that did
not take off the ground;
-
House buyers lament that they are
charged interest for progress payments released late by the banks
whereas developers get away for not completing projects on schedule
by applying for extension of time.
Persatuan ini telah memberikan bantuan
kepada alhi-ahlinya dalam menghadapi masaalah mereka. Perjumpaan dengan
orang ramai (public sessions) diadakan dua kali sebulan dan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran orang yang ramai.
Persatuan juga telah berjaya mendapatkan
CF yang telah bertangguh sehingga tahun dan lebih bagi beberapa
projek perumahan. Kejayaan utama Persatuan ialah sebagi orang tengah
('mediator') bagi meyelesaikan masaalah diantara pembeli dan pemaju yang
bertelagah, mencapai kata sepakat untu penyerahan rumah pada suatu
tarikh yang di persetujukan.
Persatuan ini atas desakan beribu-ribu
pembeli-pembeli rumah yang mempunyai masaalh ingin menyeru kepada
Kementerian supaya undang-undang mengenai industri pembinaan rumah yang
ada sekarang dipinda atau digantikan dengan undang-undang yand baru
sebagai Akta Perlindungan Pembeli Rumah seberapa segera yang boleh untuk
menjamin hak-hak pembeli rumah.
Industri pembinaan rumah memerlukan modal
yang cukup besar dan tidak sepatutnya dibenarkan bagi pengusaha yang
mempunyai modal wang berbayar sebanyak RM250,000.00 seperti keadaanya
sekarang. Syarat ini adalh terlalu mudah bagi seseorang untuk menjadi
pemaju perumahan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit.
Pemaju hendaklah disyaratkan mempunyai
modal yang secukupnya bagi satu-satu projek, atau mereka bergabung
dengan lain-lain syarikat bagi mencukupkan modal itu. Wang yang dikutip
dari pembeli hendaklah dimasukkan dalam akaun yand diamanahkan supaya
boleh dikembelikan balik kepada pembeli jika projek terbengkalai atau
tidak dijalankan.
Pemaju dan kontrekter hendaklah
dipertanggungjawabkan bagi pembinaan rumah-rumah yang tidak bermutu
kerana mengambil pekerja-pekerja yang tidak mahir semata-mata untuk
mengurangkan kos pembinaan.
Persatuan juga ingin menarik perhatian
Kementerian mengenai aduan bahawa ada pemaju yang mempunyai masaalah
projek tidak berjalan tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadapnya
kerana mengusahakan satu projek lain diatas lain nama.
Persatuan juga mengesyorkan surat
Perjanjian jual beli disemak semula supaya hak-hak pembeli adalah
terpelihara kerana ada pemaju yang tidah mematuhi syarat-syaratnya.
Namun perlu dinyatakan bahawa
undang-undang sahaja tidak akan bermakna jika tiday dikuatkuasan dengan
tegas kepada mereka yang melanggarnya.
Pada hari ini dalam upacara yang akan
dilakukan sebentar lagi suata babak sejarah persatuan ini akan tertulis
berikutan dengan pelancaran rasmi ini oleh YB Dato'Seri Ong Ka Ting,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Persatuan mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Menteri diatas kesudianya untuk
hadir dalam Majlis ini. Kehadirannya jelas menunjukkan bahawa YB Menteri
mengambil perhatian yang berat diatas masaalah masaalah yang
dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah dan sedang mengambil langkah-langkah
yang wajar bagi mengatasinya. Persatuan adalah penuh yakin bahawa YB
Menteri akan berusaha menghasilkan sebuah undang-undang yang sesuai
untuk memperketatkan pengawalan industri pembinaan rumah di negera ini
mengikut keadaan dan masa.
Tribunal yang dibentuk dibawah
undang-undang itu untuk menyelesaikan masaalah-masaalah diantara pihak
yang bertelegah - pembeli dan pemaju- diharap akan mempunyai fungsi,
kuasa dan tanggungjawah yang luas seperti yang sepatutnya dan tidak
hanya setakat tuntutan-tuntutan kecil sahaja yang tidak akan dapat
menyelesaikan masaalah yang ditanggung oleh pembeli rumah yang begitu
banyak pada masa ini. Untuk membawa kes-kes ke Mahkamah akan merumitkan
lagi keadaan dan berkehendakkan belanja yang besar, yang diluar
kemampuan kebanyakan pembeli-pembeli rumah. Persatuan ini ingin
mengesyorkan sekiranya pihak-pihak syarikat insuran untuk tujuan ini.
Kenyataan YB Menteri baru-baru ini bahawa
beliau telah mengarahkan Majlis dan Penguasa Tempatan supaya
mempergiatkan penguatkuasaan undang-undang dan memantau projek-projek
perumahan adalah suatu langkah yang wajar bagi membendung perbuatan
menyeleweng dan tidak bertanggungjawab oleh pemaju-pemaju. Walaupun
demikian Persatuan ini ingin menegaskan bahawa pemaju sendiri hendaklah
menjalankan kerja-kerja memantau projek-projeknya supaya kontrektor
menghasilkan pembinaan yang bermutu bagi memastikan "guality
control".
Masaalah yang dihadapi oleh pembeli rumah
tidak akan ujud sekiranya sistem menjual rumah yang sudahsiap diamalkan
seperti mana dibuat dibeberapa negara-negara maju. Persatuan
mencadangkan konsep ini segera dimulakan dinegara ini dengan mensyarakan
badan-badan dan korporat kerajaan yang mengusahakan projek perumahan
menyiapkan rumah terlebih dahulu sebelum dijual dengan mengenakan 10%
dari harga rumah sebagai bayaran tempahan. Selepas itu tadak ada wang
lagi yang akan dikutip sehingga rumah-rumah itu siap keseluruhannya
apabila pembeli-pembeli dikehendak menjelaskan bakinya jika mereka
memilih untuk terus membelinya; jika tidak wang tempahan akan
dipulangkan. Konsep ini akan lebih diterima oleh masyarakat dan dijangka
akan diikuti oleh lain-lain pemaju sebagai amalan biasa keran
kebaikannya adalah terbukti dinegara-negara tersebut.
The Association is fully committed in
trying to address the problems faced by house buyers. It renders
voluntary services and assistance to house buyers with limited budgets
as the membership fees collected are small and inadequate to meet the
costs of further beneficial services to the house buyers. As an NGO
which seeks redress to people's problems it would very much appreciate
if YB Menteri could help the Association with a launching grant. It
needs a few computers to facilitate its work as house buyers with
problems are quickly growing in numbers and funds are needed to engage
full time personnel to attend to routine duties in the office.
With this appeal, I would like to
conclude my speech and thank you for your presence and support. The
Association strives for house buyers' rights.
|